Selangor Saring : Program Saringan Kesihatan Percuma Warga Selangor

Terkini Selangor Saring bakal dilancarkan untuk warga Selangor secara percuma. Inisiatif Selangor Saring diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor, terutamanya apabila kita menginsafi keterjejasan penjagaan kesihatan bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

 

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan dan kesihatan warga Selangor.

Sejumlah RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti.

Permohonan & Penyaluran pakej saringan bakal dilaksanakan secara digital melalui aplikasi Selangkah, bagi meningkatkan efisiensi dalam pemantauan, dan meminimakan ketirisan semasa agihan.

 

Saringan kesihatan dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih.

 

Golongan Sasar Program Selangor Saring

selangor saring

Penduduk di Negeri Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko bagi penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dll) serta belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Baca juga : Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Senarai Inisiatif di bawah Selangor Saring

  1. RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik
    • Kencing Manis
    • Darah Tinggi
    • Penyakit Jantung
  2. RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser
    • Kanser Kolorektal
    • Kanser Payu Dara
    • Kanser Pangkal Rahim
    • Kanser Prostat
  3. RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan
  4. RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti

 

Jenis Saringan Kesihatan

  • Ujian fizikal
  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Saringan mata
  • Swab servik
  • Ujian iFOBT
  • Ujian Mammogram

 

Penyakit Disaring

Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit

  • Jantung
  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Buah Pinggang

Kategori B: Kanser

  • Kolorektal
  • Prostat
  • Serviks
  • Payudara

Kategori C: Mata

  • Rabun
  • Glaucoma
  • Retina

 

Cara Pendaftaran

Individu yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui:

Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran.

Baca juga : Bantuan Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800

Manfaat Selangor Saring

  • Baucar SARINGAN boleh dipohon dan akan disalurkan melalui aplikasi SELANGKAH warga Selangor
  • Kadar penggunaan dapat dipantau secara ‘real-time’, dan agihan dapat dilaksanakan secara efisien dan bersasar bagi mengelak ketirisan
  • Rekod hasil saringan disimpan secara digital di dalam aplikasi SELANGKAH
  • Kesemua warga Selangor akan diberikan akaun HAYAT (Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat Selangor) yang membolehkan rujukan dibuat bagi rawatan lanjut dengan mudah ke fasiliti kesihatan lain

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program Selangor Saring boleh diajukan ke talian

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!