Bantuan Program Budi MARA 2022  Untuk Pelajar MRSM B40

Bantuan Program Budi MARA 2022  Untuk Pelajar MRSM B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi permohonan Program Budi MARA 2022 kini dibuka.

Program BUDI MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi pelajar yang layak.

Program BUDI ini membolehkan pelajar daripada keluarga golongan B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan pelajar lain melalui pelbagai kemudahan yang diberikan. ini seterusnya dapat membantu pelajar menyempurnakan sesi pembelajaran dengan sempurna.

Perlaksanaan program ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekuran-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golongan B40.

Baca Juga : Kemasukan Mrsm 2022 | Cara Buat Semakan & Rayuan Ke Tingkatan 1 & 4

Pengenalan Program BUDI MARA

Bagi yang tidak tahu, program Budi MARA bukanlah satu program baru sebaliknya sudah diperkenalkan sejak tahun 2005.

Pada awalnya program ini dikenali dengan nama Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada program Budi pada tahun 2006.

Sejak tahun 2005, pihak MARA telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kritera yang ditetapkan.

Bantuan yang diberikan tidak terhad kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi lain.

Syarat Kelayakan

Tidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima bantuan ini. Sebaliknya, para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Pendapatan isi rumah kurang RM1,500
  • Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
  • Keluarga mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas

Pihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarata bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini.

Bentuk Bantuan

Pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Yuran persekolahan
  2. Pakaian sekolah
  3. Barangan keperluan harian
  4. Peralatan pembelajaran
  5. Tambang perjalanan cuti semesta
  6. Pakaian sukan
  7. Barangan keperluan peribadi
  8. Wang saku bulanan RM50
  9. Pengecualian bayaran wang caruman
Program BUDI MARA

Program Secara Menyeluruh

Melalui program ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.

Program ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!