Permohonan Projek Pertanian Malaysia 2023 (Negeri Kelantan)

Khas untuk petani Negeri Kelantan yang berminat untuk menyertai Projek Pertanian Malaysia 2023, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mempelawa petani yang mempunyai sekurang-kurangya tanah seluas 0.04HA (1 ekar) untuk membuat permohonan.

Sebanyak 14 projek pertanian yang akan dilaksanakan untuk program ini. projek pertanian ini juga bertujuan untuk membantu membekalkan sumber makanan dan alternatif bagi menjana pendapatan untuk keluarga miskin, khususnya mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19

Senarai Projek Pertanian Malaysia 2023 Negeri Kelantan

permohonan projek pertanian malaysia 2023 kelantan

Projek perintis yang di mulakan di negeri Kelantan ini, akan membabitkan sebanyak 14 buah projek pembangunan iaitu ;

  1. Pembangunan Tanah Terbiar
  2. Pembangunan Industri Padi
  3. Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
  4. Pemb. Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
  5. Pembangunan Usahawan Tani
  6. Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang
  7. Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Pendek
  8. Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
  9. Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
  10. Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
  11. Projek Pembangunan Industri Cendawan
  12. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
  13. Program Pembangunan Pertanian Komuniti
  14. Program Pembangunan Tanaman Herba

Syarat Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai projek pertanian ini, berikut beberapa syarat yang perlu anda perlu patuhi ;

  •  Berumur melebihi 18 tahun.
  • Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar).
  • Mempunyai geran/surat perjanjian/surat kebenaran mengusahakan tanah.
  • Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.
  • Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman.
  • Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukim kawasan projek.
  • Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Jajahan beserta salinan kad pengenalan, dan salinan geran tanah/surat kebenaran.

Dokumen Yang diperlukan

Dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan ini adalah :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Geran /  Surat Kuasa / Resit Bayaran Cukai / Surat Perjanjian *
  • Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)

Cara Permohonan Projek Pertanian Malaysia 2023

  • Muat turun borang permohonan di pautan berikut 
  • Isi borang tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek Pertanian Malaysia 2023, anda boleh layari website https://jpkn.kelantan.gov.my/ atau terus hubungi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui saluran berikut:

  • Telefon: 09-744 2400
  • Pejabat Pertanian Jajahan di talian:
    • Bachok: 09 – 7788 267
    • Jeli: 09 – 944 0337
    • Gua Musang: 09- 912 1230
    • Kota Bharu: 09 – 746 2932
    • Kuala Krai: 09 – 966 6192
    • Pasir Mas: 09 – 790 9137
    • Machang: 09 – 975 1381
    • Pasir Puteh: 09 – 786 6097
    • Tanah Merah: 09 – 955 6337
    • Tumpat: 09 – 725 7343
    • Lojing: 09 – 922 1963
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!