18 Maksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu

18 Maksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu

Sebagai pemilik kereta, berapa banyak simbol pada dashboard yang anda tahu maksudnya?

Selain simbol yang biasa menyala seperti handbrake atau minyak petrol, sebenarnya ada banyak lagi simbol yang anda perlu tahu dan faham maksudnya.

Kebiasaannya, ia juga menyala disebabkan oleh masalah tertentu pada kereta anda. Oleh itu, jom kita semak maksud lampu dashboard yang boleh menyala bila anda memandu.

Maksud Lampu Dashboard Yang Anda Perlu Tahu

1. Enjin

Maksud Lampu Dashboard

Sekiranya ada masalah pada bahagian enjin kereta, simbol ini boleh berkelip atau menyala. Periksalah bahagian enjin segera untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.

Ia juga boleh menjadi isyarat bagi beberapa masalah pada kereta seperti masalah sensor, sistem pendawaian atau masalah lain yang lebih serius.

2. Pintu Kereta

Simbol ini menandakan salah satu pintu kereta anda tidak ditutup dengan rapat. Jadi, anda perlu pastikan semua pintu ditutup rapat sehingga simbol ini dimatikan sebelum memulakan perjalanan.

3. Isyarat Keselamatan

Maksud Lampu Dashboard

Simbol ini pula menandakan terdapat kerosakan pada penggera sistem anti-theft yang anda pasang.

4. Minyak Dalam Tangki

Maksud Lampu Dashboard

Jika simbol ini menyala, ia menandakan minyak dalam kereta anda berkurangan. Pergilah ke stesen minyak berdekatan untuk isi minyak.

5. Bateri Kereta

Maksud Lampu Dashboard

Jika simbol ini muncul, ini bermakna kuasa bateri anda semakin berkurangan. Apa yang anda boleh lakukan adalah kurangkan penggunaan dalam kereta yang boleh memakan kuasa bateri seperti radio, lampu dan penyaman udara.

Anda juga disarankan untuk bawa kereta ke bengkel kerana mungkin juga alternator anda mempunyai masalah.

6. Tali Pinggang Keledar

Maksud Lampu Dashboard

Simbol ini mengingatkan anda untuk memakai tali pinggang keledar demi keselamatan anda di jalan raya.

7. Brek Tangan / Handbrake

Simbol tanda seru ini pula menandakan anda tidak melepaskan brek tangan. Sebelum bergerak, jangan lupa untuk turunkan brek tangan, ya!

Namun, jika simbol ini masih menyala bila memandu, ia mungkin bermakna kereta anda kekurangan minyak brek atau ada masalah lain. Sila ke pusat servis atau bengkel segera untuk pemeriksaan.

8. Lampu Bahaya / Hazard Light

Butang berbentuk segi tiga pada dashboard ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain agar berhati-hati kerana kereta anda mungkin bermasalah dan perlu berhenti pada bila-bila masa.

Anda juga tidak boleh memasang lampu ini sesuka hati terutamanya semasa hujan turun demi keselamatan anda serta penumpang lain.

9. Lampu Suluh Tinggi / Main Beam Headlight

Simbol berwarna biru ini menandakan anda sedang menggunakan lampu suluh tinggi yang lebih terang. Anda boleh gunakannya semasa di kawasan sunyi, tidak berlampu dan gelap seperti jalan kampung. Namun, jangan pula guna lampu ini di jalan biasa kerana ia boleh mengganggu penglihatan pemandu lain terutamanya yang menuju daripada arah bertentangan.

10. Suhu Enjin

Jika enjin anda terlalu panas, simbol ini akan muncul untuk memberi amaran. Berhenti segera dan matikan enjin serta-merta untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk terutamanya pada radiator.

 11. Minyak Enjin / Minyak Hitam

Maksud lampu dashboard yang seakan teko atau jag dengan air ini pula menandakan minyak enjin atau minyak hitam anda makin berkurang. Sila pergi ke bengkel berdekatan untuk periksa sebarang kebocoran pada tangki minyak tersebut.

12. ABS (Advanced Braking System)

Sekiranya kereta anda mempunyai sistem ABS, segera ke bengkel berdekatan jika simbolnya menyala. Sistem ABS bermaksud Anti-lock braking system atau sistem brek anti-kunci. ABS berfungsi untuk mengelakkan roda dari terkunci ketika membrek.

13. Beg Udara

Lampu ini hanya akan menyala bagi memberi amaran kerosakan pada beg udara sekiranya kereta anda dilengkapi dengannya. Bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

14. Amaran Lampu Kabus

Maksud Lampu Dashboard

Sekiranya anda sedang memandu di kawasan yang berkabus atau hujan lebat, lampu ini akan menyala secara automatik menandakan lampu kabus di depan dan belakang.

Cahayanya yang terang akan memastikan keselamatan anda serta pemandu lain.

15. Air Pada Wiper

Maksud lampu dashboard ini pula menandakan paras air wiper anda mungkin berkurangan atau berada di bawah paras minimum. Sila periksa tangki air wiper atau tambahkan air.

16. Tekanan Tayar

Maksud Lampu Dashboard

Simbol ini pula menandakan tekanan tayar anda tidak seimbang dan mungkin kurang angin.

17. Kawalan Penstabil Kenderaan

Maksud Lampu Dashboard

Simbol ini pula bermaksud TCS berada paa mod off iaitu tidak aktif. TCF adalah Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Kawalan ini sesuai digunakan ketika melalui jalan yang licin atau basah.

Jika ia muncul, perlahankan kereta supaya pergerakan lebih stabil dan selamat.

Sekiranya ia masih menyala walaupun memandu perlahan, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan.

18. Pemanas Cermin Belakang (Demister)

Maksud Lampu Dashboard

Butang ini pula berfungsi untuk mengelakkan kabus di bahagian belakang. Anda perlu hidupkan jika ingin pemanas cermin belakang beroperasi.

Baca Juga : Kereta Harga “Rahmah” Axia E 2023 Manual

Sekiranya muncul simbol di dashboard, jangan pula anda hiraukan kerana ia mungkin menandakan kereta anda mempunyai masalah dan perlu diberi perhatian segera. Kalau tersadai tepi jalan, anda sendiri juga yang susah!

Kalau dibiarkan berlarutan, ia juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian tertentu atau menjejaskan fungsi bagi bahagian kenderaan tertentu.

Seperkara lagi harus diingat, sesetengah simbol pada dashboard juga mungkin berbeza bergantung kepada model kereta. Semak manual kereta anda untuk maklumat lanjut mengenai simbol pada dashboard anda.

Rujukan : Perodua Roda Juara

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!