Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)

Drama bersiri terbaharu Astro Originals, Projek : High Council kini trending di kalangan netizen.

Rata-rata penonton cukup berpuas hati dengan plot cerita bagi drama 10 episod arahan Anwari Ashraf ini.

Lain daripada yang lain dan cukup mendebarkan!

Drama Projek : High Council turut menjadi buah mulut warganet kerana tradisi High Council yang disebut dalam drama ini dikatakan mirip dengan tradisi salah satu sekolah berasrama penuh lelaki di negara ini.

Bukan itu saja, malah banyak adegan dalam drama ini membuatkan ramai mengimbau kembali zaman sekolah menengah suatu ketika dahulu.

Di samping itu, drama ini juga banyak ketengahkan isu sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti toxic masculinity, kes buli dan racism.

Baca Juga : Biodata Amelia Henderson, Pelakon Cantik Kacukan India-Scotland

Sinopsis Projek : High Council

Kisah bermula apabila Fakhri (Mierul Aiman) seorang pelajar pintar mendaftarkan diri di sekolah berasrama Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Di situ, dia didedahkan dengan satu tradisi di kalangan pelajar yang telah wujud selama berpuluh iaitu hierarki ‘High Council’.

Fakhri melihat tradisi ini sebagai salah guna kuasa dan tidak adil sama sekali.

Pada waktu yang sama, Fakhri juga bertemu semula dengan abangnya, Naim (Nadhir Nasar) setelah berpisah selama beberapa tahun akibat masalah keluarga.  

High Council

Sikap Fakhri yang kuat memberontak pula membuatkan dia dan rakan sebiliknya, Ayam (Naim Daniel) dan Ikhsan (Muzayyin Mahyuddin) menjadi sasaran pelajar-pelajar senior.

Ini membuatkan Fakhri nekad untuk membongkar sekaligus menghentikan tradisi High Council daripada terus membarah di KUDRAT.

Mampukah Fakhri hapuskan hierarki ini? Kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa untuk setia menonton drama ini sampai tamat!

Senarai Pelakon High Council

Drama ini juga mempertaruhkan banyak bakat-bakat baharu. Jom kita semak barisan pelakon bagi Projek High Council.

PelakonWatak
Nadhir NasarNaim
Mierul AimanFakhri
Azhar SulaimanFirdaus Ismet
Naim DanielAyam / Azam
Daiyan TrishaMia
Amir AhnafKahar
Yusof HashimAmer
Sazzy FalakPuan Faniza
Fazziq MuqrisZahrin
Fadhli MasootHakeem
Hazeeq DeanAriz

Review

Juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman berjaya mencipta fenomena menerusi drama bersiri Projek High Council hingga namanya sering meniti di bibir peminat sejak akhir-akhir ini.

Selain lakonan yang mantap oleh hero, watak-watak sampingan lain juga berjaya dihidupkan dengan sangat baik terutama Naim Daniel dan Daiyan Trisha.

Kalau dulu TV3 ada drama Juvana, kisah suka-duka dalam asrama penuh ini juga tak kurang menarik, walaupun ia mengetengahkan isu berat melibatkan sebuah kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk membuli pelajar lain. Tema yang dekat dengan kita, tapi kita akan tetap teruja nak tahu plotnya.

Diselitkan juga konflik adik beradik dan kisah persahabatan. Gabungan pelakon familiar dan baru juga nampak berkesan.

Azhar Sulaiman juga kali ini membawa watak yang lebih segar, agak lain daripada filem dan drama yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Rata-rata memang ramai yang cakap drama ni BEST!

projek high council drama
projek high council drama
projek high council drama

Jangan terlepas untuk menonton Projek : High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro Go bermula 14 Januari 2023 atau di saluran Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama ini, sila ikuti laman Instagram Astro Gempak .

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!