Kereta Harga “Rahmah” Axia E 2023 Manual

Model “Rahmah” Perodua Axia E 2023 manual di lancarkan dengan harga rahmah RM RM22,000, atas jalan, tanpa insurans dengan anggaran bayaran bulanan sekitar RM300

Model Perodua Axia E ini juga menjadikan harga Axia E sebagai kereta paling murah di keluarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) selepas model Kancil yang dijual pada pada harga RM24,800.

Ini juga menjadi varian ke 3 edisi Axia selepas Axia 2023 Serba Baru diperkenalkan pada Febuari 2023 yang lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata istimewa keluaran Axia E 2023 ini adalah harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza.

Ianya adalah bertujuan bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah kereta mampu milik untuk kegunaan harian.

Perodua Axia E Spesifikasi  “Axia Rahmah”

axia e
Kredit gambar : Careta
axia rahmah
Kredit gambar : Careta

Model perodua Axia e 2023 (manual), merupakan kereta keluaran PERODUA yang paling murah, malah lebih murah daripada model kancil yang pernah dikeluarkan.

Perodua Axia E 2023, di hasilkan berdasarkan model yang diperkenalkan pada 2017. Dengan erti kata lain, Varian E dalam siri Axia (2023) terbaru ini, ialah model paling asas yang berasaskan model 2017.

Berikut adalah ciri-ciri spesifikasi Axia E ;

  • Dua beg udara,
  • Sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu  
  • Model ini dijana enjin 3-silinder aspirasi natural (NA) 1.0L (998cc) DOHC VVT-i
  • Sistem transmisi manual 5-kelajuan (MT).
  • Menggunakan rim keluli (rim kompang) 14 inci.
  • Kapasiti but 260 liter.
  • Kecekapan bahan api (kitaran ECE) 22.5km per liter. Kapasiti tangki petrol 33 liter,
  • Jaminan selama lima tahun

Walaupun ianya model terbaharu, ianya tidak memiliki sebarang teknologi yang canggih seperti mana-mana model kereta terkini, kerana model ini direka dengan kos yang paling minimum untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Dengan spesifikasi paling asas berdasarkan Axia model 2017, ianya cukup bagi membolehkan rakyat yang hanya mampu untuk memiliki motorsikal beralih kepada memiliki sebuah kereta yang lebih selesa untuk kegunaan harian

Pilihan Warna

Warna perodua Axia E didatangkan dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey

Ciri Keselamatan Perodua Axia E

Sebagai sebuah kenderaan beroda yang dipandu di jalan raya, PERODUA tetap memastikan ianya mencapai ciri keselamatan paling minimum dan standart untuk penggunaan di jalan raya, mahupun lebuh raya.

Dengan mengambil konsep keluaran model Axia 2017,  model ini diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Spesifikasi & Senarai Aksesori

Berikut pulah senarai penuh spesifikasi dan senarai aksesori yang terdapat dalam model “Axia Rahmah

harga axia e

Tempahan

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kereta Perodua model Axia E 2023 Manual “Axia Rahmah” ini, tempahan sudah di buka dan berkemungkinan akan terus memiliki kenderaan ini, kerana stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan

Untuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh berkunjung ke showroom Perodua terdekat atau anda juga boleh layari https://www.perodua.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!