Lupa Kata Laluan STR : Panduan Cara Reset Password

Jika lupa kata laluan STR / password untuk login MySTR, sila bertenang dan jangan terburu-buru.

Untuk semakan bayaran STR, selain melalui kaedah semakan secara online,dan menerusi aplikasi anda juga boleh membuat semakan melalui panggilan telefon atau terus hadir ke cawangan LHDN

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Untuk reset semula password lupa kata laluan sendiri, anda boleh ikut panduan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan semula kata laluan atau reset password STR anda.

Lupa Kata Laluan STR

lupa kata laluan str

Berikut langkah -langkah yang anda perlu lakukan bagi kes lupa kata laluan STR

a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022

lupa kata laluan str
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
  • Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu 

b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat  
  • Sahkan kata kunci keselamatan
  • Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
  • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat LHDNM

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat LHDNM untuk set semula akaun STR.

Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Bagaimana cara untuk  Tukar Kata Laluan STR?

Anda perlu Log Masuk MySTR terlebih dahulu menggunakan kata laluan sedia ada dan klik menu Tukar Kata Laluan. 

  • i. Masukkan Kata Laluan Semasa / Lama 
  • ii. Masukkan Kata Laluan Baharu 
  • iii. Sahkan Kata Laluan Baharu  
  • iv. Klik Tukar Kata Laluan Baharu telah berjaya ditukar. Anda boleh Log Masuk MySTR menggunakan kata laluan baharu

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda masih ragu-ragu dan perlukan bantuan untuk masalah lupa kata laluan STR, anda boleh terus hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk bantuan ;

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

Baca juga : STR Fasa 4 – Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!