eStart : Bantuan e-Wallet One-off RM 150 Untuk Belia

eStart : Bantuan e-Wallet One-off RM 150 Untuk Belia~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan e-Wallet sebanyak RM 150 kini dibuka untuk warga belia.

Apa itu Program eStart ?

Program ini merupakan inisiatif dari kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai (cashless) di premis perniagaan.

Di samping itu, program ini juga digerakkan bagi meringankan beban kewangan di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang berdaftar.

Baca Juga : PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka

Syarat Kelayakan Permohonan eStart

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  1. Warganergara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 20 tahun
  3. Sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
estart

Jumlah Bantuan e-Wallet Yang Diterima

Pemohon yang layak bakal menerima bantuan e-Wallet sebanyak RM 150 setiap seorang.

Cara Memohon eStart

Pemohon perlulah daftarkan salah satu di antara apliasi e-Wallet seperti yang tersenarai di bawah :

  • Boost
  • TNG
  • ShopeePay
  • BigPay

Cara Daftar di Aplikasi Boost, TNG, ShopeePay dan BigPay

Cara Daftar eStart di Boost

  1. Pemohon perlu muat turun aplikasi Boost
  2. Naik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.
  3. Sahkan atau verify akaun Boost
  4. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah betul.
  5. Klik “Get Ready to Claim eBelia” dan ikuti arahan yang diberikan jika program sudah dimulakan.

Cara Daftar eStart Touch n Go eWallet

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go
  2. Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih sahaja.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
  4. Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah selesai daftar, pemohon boleh gunakan TnG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM 150.

Cara Daftar eStart di ShopeePay

  1. Pemohon perlu muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
  2. Pemilik akaun Shopee perlulah aktifkan Shopeepay
  3. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee
  4. Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  5. Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
  6. Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

Cara Daftar eStart di Bigpay

  1. Pergi ke laman sesawang https://www.bigpayme.com/ebelia
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBelia.
  4. Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
  5. Masukkan maklumat diri selengkapnya untuk proses verifikasi.
  6. Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM 150 jika program ini sudah dimulakan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://www.mof.gov.my/  untuk dapat info-info terkini mengenai program eStart.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!