Program BikeCare-1000 Bantuan Pembelian Motorsikal

Program BikeCare-1000 iaitu bantuan pembelian motorsikal untuk pekerja GIG Selangor (bayaran pendahuluan sahaja) telah dibuka.

Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor berusia 18 tahu ke atas. Tarikh tutup permohonan adalah pada 02/12/2022.

Program ini merupakan suatu insiatif inisiatif YB Tuan Ganabatirau Veraman dibawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat terutama para pekerja GIG (p-hailing).

Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motor disediakan bagi meringankan beban

pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi. Bagi mereka yang berminat untuk memohon bantuan ini, berikut maklumat mengenai program bantuan ini.

Apa Itu Program BikeCare-1000 Bantuan Pembelian Motorsikal

bikecare-1000 bantuan pembelian motorsikal

Program Bikecare-1000 merupakan suatu insiatif kerajaan negeri selangor untuk membantu para pekerja GIG (p-hailing).

Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motor disediakan bagi meringankan beban

pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi.

Gig Ekonomi

Ekonomi GIG adalah salah satu pilihan pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance) yang disokong dengan menggunakan aplikasi teknologi. Perkembangan ekonomi gig selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan bantuan ini, seperti berikut :

  1. Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
  2. Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
  3. Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
  4. Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
  5. Perrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
  6. Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.

Cara Memohon Bantuan Program BikeCare-1000

  1. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.
  2. Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.
  3. Permohonan lewat tidak akan diproses.
  4. Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  5. Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 7 Disember 2022.
  6. Borang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:

East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan berikut perlu disertakan dalam permohonan :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
  2. Salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
  3. Salinan penyata bank terkini (2 bulan).
  4. Salinan lesen motosikal.
  5. Salinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).

Borang Permohonan BikeCare-1000

Pengambilan borang permohonan dari 25/11/2022 – 02/12/2022

borang permohonan bikecare-1000

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari Facebook UPPS https://www.facebook.com/uppsel

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!