KISS Selangor | Cara Mohon Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor
KISS Selangor | Cara Mohon Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor ~ Sukacita dimaklumkan, pendaftaran online bagi Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kini telah dibuka bagi tahun 2022.
KISS Selangor
KISS Selangor (Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor) adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu para ibu tunggal dari kumpulan B40 dan berasal dari Selangor dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.
Menerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).
Berikut ialah antara senarai barang keperluan yang termasuk dalam bantuan ini;
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
NOTA: Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
- Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
- Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Cara Membuat Permohonan
Anda boleh mendaftar permohonan anda dan muat turun borang melalui pautan berikut
Sila sertakan sekali:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
- Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
- Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi/layari :
- Laman web: https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/
- Talian: 1800-22-6600
- Email: [email protected]