BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300/bulan Selama 12 Bulan
Terkini BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300/bulan Selama 12 Bulan ~ Kerajaan Selangor akan melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang berkelayakan untuk pelbagai perkara seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.
BINGKAS Selangor 2022
BINGKAS Selangor adalah merupakan program baharu dan inisiatif kerajaan negeri Selangor. Melalui program ini, kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT).
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini. Sebanyak RM108 juta peruntukkan disediakan dengan jangkaan 180,000 penerima manfaat.
Jumlah Bantuan
Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan yang akan disalurkan terus dalam bentuk e-Wallet sebanyak RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600
Manfaat BINGKAS
Antara kelebihan dan manfaat daripada pemberian bantuan ini;
- e-Wallet BINGKAS boleh digunaan di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- RM300 had pembelian keperluan asas
- baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan di bawah ke bulan hadapan
- e-Wallet bingkas akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
Syarat Kelayakan Pemohon
NOTA: Sila pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan sebelum memohon agar permohonan anda tidak ditolak.
Bantuan ini diperuntukkan khusus untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.
21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS serta tambahan 9000 kuota baru permohonan dibuka untuk memastikan semua keluarga yang berkelayakan menerima bantuan.
Syarat Permohonan Baru
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.
Dokumen Yang di Perlukan
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
Cara Membuat Permohonan
Untuk Penerima /Pemegang Kad KISS Yang Masih AKtif
Sukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah. Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.
Langkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini : shorturl.at/amqwH
Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang www.bingkasselangor.com bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini.
Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.
Permohonan Baru BINGKAS Selangor 2022 (Online)
Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.
Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…).
Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.
Maklumat Lanjut
Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS :
- Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600
- Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat
- Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | [email protected]
Untuk maklumat lanjut mengenai BINGKAS Selangor 2022, sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.