e-Invois LHDN : Pelaksanaan & Garis Panduan

e-Invois LHDN yang diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dibuat secara berperingkat dan berfasa mulai Jun 2024.

Pelaksanaan e-invois adalah bertujuan untuk mengurangkan ketirisan hasil serta mengurangkan ekonomi bayangan. Memandangkan kerajaan dalam Belanjawan 2024 tidak mengumumkan GST.

Timbalan Menteri Kewangan I,Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan turut menyatakan e-invois LHDN adalah satu sistem baharu bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai negara dan seterusnya pematuhan cukai.

Apa Itu e-Invois

Ianya merupakan dokumentasi berbentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli.

Maklumat yang terkandung di dalam e-Invois adalah sama seperti maklumat yang terdapat dalam dokumen invois tradisonal seperti ;

  • butiran penjual dan pembeli,
  • keterangan item,
  • kuantiti,
  • harga tanpa cukai,
  • cukai
  • jumlah keseluruhan,

Ianya mempunyai butiran dan merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.

Selain melancarakan dan meningkatkan kecekapan operasi pernigaan untuk pelaksanaan pembayaran cukai, peniaga juga mempunyai kelebihan seperti berikut ;

manfaat-e-invois
  • mengurangkan proses manual dan kesilapan
  • memudahkan pengemukaan borang nyata
  • meningkatkan kecekapan operasi
  • mendigitalkan pelaporan percukaian dan kewangan

Pelaksanaan e-Invois LDHN

Bagi memastikan ianya berjalan lancar, pelaksanan e-invois akan dibuat secara berperingkat mulai 1 Jun 2024 bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Manakala pelaksanaan secara menyeluruh adalah pada 1 Julai 2025

Garis masa pelaksanaan e-Invois adalah seperti di bawah:

  • Fasa 1: 1 Jun 2024 – Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan lebih daripada RM100 juta
  • Fasa 2: 1 Januari 2025 – Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan antara RM50 juta hingga RM100 juta
  • Fasa 3: 1 Januari 2026 – Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan lebih daripada RM25 juta hingga RM50 juta
  • Fasa 4: 1 Januari 2027 – Semua pembayar cukai dan transaksi bukan perniagaan tertentu

Namun begitu, pembayar cukai dialu-alukan untuk melaksanakanya secara sukarela pada fasa awal.

LHDNM akan menggunakan model Continuous Transaction Control (CTC). Bermaksud proses pengesahan akan dapat dibuat secara serta-merta (atau hampir serta-merta) oleh LHDNM.

Garis Panduan

e-invois garis panduan

Pembayar cukai mempunyai 2 kaedah untuk melaksanakan dan menghantar e-invois kepada pihak LHDN.

Iaitu melalui Portal MyInvois atau “Application Programming Interface” (API)

Portal MyInvois

  • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
  • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
  • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia

Application Programming Interface (API)

  • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
  • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
  • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Untuk panduan kepada semua peniaga dan pembayar cukai, anda boleh download tatacara dan garis panduan daripada pihak LHDN terkini seperti berikut ;

Portal MyInvois

Menerusi portal MyInvois penjual akan dapat menghasilkan e-Invois dalam bentuk draf.

Data dan pengesahan hanya akan direkodkan berdasarkan e-Invois yang telah dihantar secara rasmi.

Penjual boleh membatalkan e-Invois dalam tempoh 72 jam dari masa pengesahan. Sila rujuk Seksyen 2.4.6 Langkah 5, 6 & 7 – Penolakan dan Pembatalan untuk maklumat lanjut

Sebarang pindaan maklumat selepas e-Invois telah disahkan oleh LHDNM tidak boleh dibatalkan. Penjual perlu membatalkan dan menghantar e-Invois baharu

Perlukan Setem Hasil LHDN? Dapatkan dari pengedar yang dipercayai disini

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut & pertanyaan, anda boleh hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi e-mail : [email protected] atau melayari website https://www.hasil.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!