Masalah Pengeluaran Khas KWSP RM10K? Semak Panduan Ini

Bagi anda yang mempunyai masalah berkaitan pengeluaran khas KWSP RM10K, anda tak perlu bimbang. Kemungkinan masalah yang anda hadapi itu sama seperti ahli-ahli kwsp yang lain.

Anda perlu sabar dan bertenang. Sebelum anda, berhajat untuk terus ke kaunter kwsp, cuba semak terlebih dahulu senarai masalah-masalah berkaitan kwsp berikut. Mungkin urusan anda boleh di selesaikan tanpa anda perlu hadir ke kaunter KWSP. Memandangkan waktu sekarang ramai juga yang bermasalah ketika mengisi borang di portal pengeluaran khas kwsp .

Masalah Pengeluaran Khas KWSP RM10K

1. Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

2. Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Baca juga : Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima Kod OTP

3. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

4. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

5. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

6. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4Senario 5
Baki Akaun 2 (RM)15,1503,150150049
Baki Akaun 1 (RM)50,00012,0003,45016599
Amaun Kelayakan (RM)10,00010,0003,5001651Tidak
Layak2
Amaun pengeluaran daripada:
Akaun 2 (RM)10,0003,1501500
Akaun 1 (RM)06,8503,35065

Nota:

1Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

2Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

10. Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

11. Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

12. Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

13. Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

14. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

Amaun Pengeluaran KhasRM10,000
20% daripada amaun pengeluaran20% x RM10,000 = RM2,000
Amaun penggantian semulaRM10,000 + RM2,000 = RM12,000

Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

16. Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?

Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan bagi penggantian yang dijangka mengambil masa hingga 4 tahun tertakluk kepada jumlah caruman ahli dan konsistensi dalam mencarum.

Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

17. Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  3. Kios KWSP

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

21. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

  1. Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
  2. Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah pengeluaran khas kwsp rm10k selain dari yang di nyatakan di atas, anda boleh hubungi ;

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Leave a Comment