Pantas Cara Report Kesalahan Trafik JPJ Melalui WhatsApp & Email
Ini cara report kesalahan trafik JPJ melalui whatsapp atau email dengan mudah. Sekiranya anda melihat Kesalahan trafik yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, anda boleh membuat aduan trafik JPJ
Antara kesalahan trafik yandg anda laporkan tersebut termasuklah Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat, Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar yang boleh menyebabkan kecederaan bagi penumpang kenderaan atau penunggang motorsikal.
Bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. JPJ juga amat berharap kepada masyarakat yang melihat kesalahan dilakukan di jalan raya tolong hantar segera kepada JPJ dengan maklumat apa kesalahan, tarikh dan nombor plat kendera
Baca juga : No.Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri & Cara Beli No Plat
Cara Membuat Report Kesalahan Trafik JPJ Melalui WhatsApp
- Ambil gambar atau rekod video kesalahan yang dilakukan dengan jelas. Sebaiknya anda di galakan mengaktifan fungsi location tags pada tetapan aplikasi kamera bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat.
- Hantar gambar atau video kesalahan trafik JPJ tadi melalui WhatsApp ke nombor 013-4498997
- Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
- Laporan ringkasan aduan
- Tarikh / masa
- Tempat kejadian
- Jenis kenderaan
- Nombor pendaftaran kenderaan
- Salinan foto, video atau dokumen berkaitan
- Masukkan juga butiran pengadu seperti berikut:
- Nama penuh
- Alamat surat menyurat
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
Cara Report Kesalahan Trafik JPJ Aduan Email
- Ambil gambar atau rekod video kesalahan yang dilakukan dengan jelas
- Hantarkan laporan aduan melalui emel ke [email protected]
- Masukkan butiran pengadu seperti berikut:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- Alamat Surat Menyurat
- Nombor Telefon
- Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
- Laporan ringkas aduan
- Jenis Kenderaan
- Tarikh dan Masa
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tempat Kejadian
- Salinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan
Satu Notis 114 iaitu notis temu siasat akan dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada pemilik kenderaan yang dilaporan untuk tujuan siasatan dan memberi keterangan
Jika pemilik kenderaan yang dilaporkan didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit
Rakaman aduan dalam bentuk video jika bukan dash cam, perlu dilakukan penumpang dan bukan pemandu kenderaan bagi memastikan keselamatan serta mengelak kemalangan daripada berlaku.
Bilik Kawalan JPJ di setiap negeri dan ibu pejabat beroperasi 24 jam bagi memantau perjalanan penguatkuasaan yang dijalankan dan menerima aduan orang ramai.
Contoh Aduan Trafik JPJ Kesalahan Yang Anda Boleh Laporan
- Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
- Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan
- Memotong barisan di jalan raya
- Melanggar lampu isyarat merah
- Masuk ke jalan sehala di arah berlawanan
- Menggunakan telefon bimbit atau peranti pintar lain semasa memandu
- Memandu dalam keadaan mabuk
- Memotong digarisan berkembar
- Memotong barisan ‘Q’,
- Menggunakan Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.
Dan lain-lain kesalahan trafik dan lalulintas di jalan raya.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan atau pertanyaan mengenai aduan trafik JPJ, anda boleh layari website https://www.jpj.gov.my/
Soalan Lazim F.A.Q
Apakah yang boleh saya adu kepada JPJ?
Semua aduan yang berkaitan kesalahan trafik dan lalu lintas.
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.
Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh JPJ?
Kesalahan-kesalahan trafik seperti berikut
- Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
- Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan
- Memotong barisan di jalan raya
- Melanggar lampu isyarat merah
- Masuk ke jalan sehala di arah berlawanan
- Menggunakan telefon bimbit atau peranti pintar lain semasa memandu
- Memandu dalam keadaan mabuk
- Memotong digarisan berkembar
- Memotong barisan ‘Q’,
dan lain-lain kesalahan berkaitan
Bagaimana cara saya membuat aduan trafik JPJ ?
Orang ramai dan pengguna jalan raya yang berhasrat membuat aduan boleh berbuat demikian melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-449 8997 atau e-mel di [email protected] dengan nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
- Laporan ringkas aduan
- Jenis Kenderaan
- Tarikh dan Masa
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tempat Kejadian
- Salinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan