Wifi Smart Selangor : Wifi Percuma Untuk Rakyat Selangor

Terkini Kerajaan Selangor ada menyediakan perkhidmatan Wifi Smart Selangor. Ianya merupakan satu kemudahan wifi percuma untuk rakyat Selangor terutamanaya bagi kumpulan B40, M40, belia dan pelajar bagi mengakses internet.

Terdapat hampir 800 hotspot WiFi percuma dengan kawasan boleh diakses di seluruh Selangor dengan jumlah pengguna berdaftar sekitar 1 juta pengguna, dengan lebih banyak hotspot sedang dipasang. Sasaran kami tertumpu kepada keperluan penggunaan teknologi dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma yang lebih baik kepada golongan B40, M40, belia dan pelajar yang sangat memerlukan akses kepada Internet. WiFi Smart Selangor memudahkan rakyat menjalankan transaksi e-dagang & e-kerajaan, dan kesinambungan aktiviti pembelajaran & pendidikan menggunakan platform pembelajaran dalam talian dalam era norma baharu pasca Covid-19

Apa Itu Wifi Smart Selangor?

Program Wifi Smart Selangor memberikan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada rakyat Selangor terutamanya kumpulan B40, M40, belia dan pelajar yang sangat memerlukan capaian ke Internet. Hotspot yang memberikan capaian Internet yang lebih pantas di seluruh negeri Selangor dilaksanakan untuk mempersedia rakyat Selangor menghadapi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). 

Kini, WSS memberi tumpuan kepada beberapa kluster utama iaitu:

wifi smart selangor
  • Perumahan kos rendah dan sederhana
  • pendidikan
  • kesihatan
  • keagamaan
  • pusat komuniti
  • pengangkutan
  • sukan & rekreasi
  • agensi syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor

Baca juga : Skim Go Digital hijrah Selangor Pembiayaan RM50,000

Smart Sel

SMARTSEL Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)

SMARTSEL telah ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah syarikat Infrastruktur telekomunikasi bersandarkan negeri yang telah diberi kuasa untuk merancang, membina, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur gentian kongsi di seluruh Selangor.

Bidang tumpuan kami di SMARTSEL adalah untuk memartabatkan Infrastruktur Kesalinghubungan Digital Selangor bagi merealisasikan wawasan Smart Selangor 2025. SMARTSEL ialah syarikat infrastruktur Telekomunikasi yang disokong kerajaan yang telah diberi mandat untuk membangun dan menyampaikan Infrastruktur Digital Pintar dengan sokongan dan sumber daripada Kumpulan MBI dan negeri

Cara Daftar dan Login Wifi smart Selangor

  1. Semak coverage /signal
  2. Selepas anda cuba connect, anda boleh mula buka mana-mana website walaubagimanapun website yang anda inginkan tidak boleh dibuka sebaliknya terpapar halaman daftar dan register
  3. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Isi semua maklumat yang diperlukan, anda sudah boleh mula akses mengunakan username dan password yang telah anda tetapkan semasa pendafatran
  4. Anda sudah boleh gunakan kemudahan ini secar apercuma selama tempoh 30 minit setiap kali anda connect dan login

Walaubagaimanapun, kemudahan ini hanya sesuai untuk anda membuat semakan sosial media anda seperti twiter,facebook,instagram tiktok, wsbite termasuk blog.Jika anda ingin menonton video mungkin akan hadapi masalah kerana kelajuan wifi di kawal

Baca juga : Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor

Cara Semak Liputan Wifi smart Selangor

Untuk mengetahui lokasi terkini yang mempunyai kemudahan wifi smart Selangor, layari https://www.smartsel.co/wifi-smart-selangor

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan wifi smart Selangor atau anda mempunyai sebarang cadangan untuk penambahbaikan, anda boleh hubungi ;

Tel : 03 5513 1000

Email : [email protected]

Facebook : https://www.facebook.com/wifismartselangor

Aduan

https://selangor.spab.gov.my/eApps/system/index.do

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!