Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 Logo Dan Tema

Pelancaran logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan Hari Malaysia 2023 telah diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah oleh Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil.

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema HKHM 2023 dan logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023.

Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Harapan saya agar semua rakyat Malaysia semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta dalam program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan ini.

Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 (HKHM)

logo hari kebangsaan 2023

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023; Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Bagi sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia 2023 akan menggunakan Logo Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :

  • KeMampanan
  • kesejAhteraan
  • Daya Cipta
  • HormAt
  • KeyakiNan
  • Ihsan

Maksud Logo Malaysia Madani

MADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI:

M : keMampanan
Kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.

A : kesejAhteraan
Membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.

D : Daya cipta
Mengandungi beberapa konotasi antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu.

A : hormAt
Mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab yang berasal daripada bahasa arab.

N : keyakiNan
Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi.

I : Ihsan
Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia Madani)

logo hari malaysia 2023

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan, logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, anda juga boleh melayari http://merdeka360.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!