Kemas Kini Tabung Haji (THiJARI) Sebelum 1 Oktober 2023

Kemas Kini Tabung Haji (THiJARI) Sebelum 1 Oktober 2023

Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan sebuah kenyataan baru-baru ini dengan menasihati semua pengguna TH untuk kemas kini Tabung Haji khususnya maklumat akaun sebelum tarikh 1 Oktober 2023.

Apa itu THIJARI?

kemaskini tabung haji

THiJARI merupakan sebuah aplikasi atau platform digital yang dibangunkan oleh Tabung Haji untuk memudahkan pendeposit.

Jadi anda tidak perlu bersusah payah ke mana-mana wisma Tabung Haji untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan akauan anda.

Semuanya boleh dilakukan di hujung jari walau dimanapun anda berada.

Antara fungsi utama yang membantu pendeposit selepas menggunakan THiJARI adalah:

  • Semakan Akaun
  • Mencetak Penyata Akaun
  • Pindahan Simpanan Wang
  • Perkhidmatan Haji
  • Penamaan & Hibah Amanah
  • Agihan Potongan Gaji
  • Kelab Taha

Tujuan Kemas Kini Tabung Haji (THiJARI)

kemas kini tabung haji

Kemas kini maklumat peribadi sangat penting bagi:

  • Memudahkan pihak Tabung Haji menghubungi pendeposit.
  • Mengelak daripada berlakunya kes surat tawaran haji yang tidak diterima kerana bertukar alamat.
  • Melancarkan urusan dalam THiJARI.
  • Mengelakkan sebarang kesulitan ketika menggunakan aplikasi THiJARI.

Siapa yang perlu kemas kini?

Bagi mana-mana pengguna yang mengalami sebarang perubahan pada maklumat sedia ada.

Manakala pengguna yang tidak mempunyai sebarang perubahan, anda tidak perlu untuk membuat kemas kini.

Cara kemas kini Tabung Haji (THiJARI)

Untuk mengemas kini akaun TH anda, ia boleh dilakukan secara dalam talian sahaja sama ada menerusi aplikasi THiJARI atau pergi ke mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Berikut adalah panduan lengkap kemas kini maklumat peribadi akaun TH:

  1. Layari portal rasmi https://www.thijari.com.my/
  2. Masukkan id pengguna yang telah anda daftarkan.
  3. Klik LOG MASUK.
  4. Sila kenalpasti GAMBAR KESELAMATAN. Jika betul, klik YA.
  5. Anda kini telah masuk ke dalam sistem THiJARI.
  6. Sila klik PROFILE SAYA untuk membuat kemas kini selanjutnya.

Tarikh akhir Kemas Kini Tabung Haji (THiJARI)

Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan kesulitan dalam melakukan transaksi.

Soalan Lazim (FAQ)

SoalanJawapan
Adakah saya boleh mengemaskini maklumat profil saya?Ya, anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda melalui portal THiJARI sahaja.
Untuk mengemaskini butiran peribadi anda:

Klik menu “Profil Saya”. Pilih “Kemaskini Butiran”. Kemaskini butiran anda dengan mengisi semua ruangan (* bermaksud wajib diisi). Klik butang ‘Berikutnya’ dan mohon TAC untuk mengesahkan semua butiran anda.

Sebaik sahaja anda memasukkan Nombor TAC dan klik butang ‘Sah’, anda telah berjaya mengemaskini butiran peribadi anda
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini?Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan. 
Adakah saya boleh mengemaskini No Telefon Bimbit melalui portal THiJARI?Tidak, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini Nombor Telefon Bimbit anda. 
Saya log masuk THiJARI saya dan melihat mesej makluman yang mengatakan bahawa saya perlu mengemaskini profil saya. Adakah ini wajib?Mulai Jan 2023, semua pengguna THiJARI (pengguna baharu & sedia ada) akan diwajibkan untuk mengemaskini profil mereka.

Ini adalah untuk memastikan semua butiran peribadi anda adalah yang terkini.
Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut: –

Gelaran, emel, alamat tetap, alamat surat menyurat, nombor telefon tumah & pejabat, status perkahwinan, nombor akaun bank, maklumat pekerjaan, maklumat perniagaan, maklumat pasangan, hebahan bahan-bahan promosi dan pemasaran, pengisytiharaan
FATCA dan CRS.

Selain daripada senarai maklumat di atas, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini maklumat peribadi anda.
Berapa kali saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya?Tiada had.

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau jika terdapat persoalan yang ingin ditanyakan, anda boleh terus menghubungi TH di talian yang berikut:

Atau boleh juga terus walk in ke mana-mana Pejabat Cawangan TH yang berdekatan dengan butiran berikut:

  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
  • (Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Anda juga boleh baca panduan kami yang lain berkenaan Tabung Haji:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai kemas kini Tabung Haji ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!