Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS
Follow cara langgan Astro NJOI ni kalau nak tahu cara beli channel njoi melalui whatsapp atau sms.
Anda juga sebenarnya boleh melanggan saluran NJOI kegemaran anda melalui aplikasi Astro NJOI.
Anda boleh pilih mana-mana cara ikut keselesaan dan kemudahan anda.
Tanpa buang masa, berikut kami kongsikan cara-cara untuk beli channel NJOI melalui sms dan whatsapp.
Cara Langgan Astro NJOI
Untuk anda yang nak tonton drama bersiri yang tengah hot sekarang ni Projek High Council, nak langgan astro ria njoi,atau nak tonton Liga Super 2023 di Astro Arena 2, dibawah ini cara-cara untuk anda melanggan saluran njoi melalui whatsapp,sms dan aplikasi njoi
Langgan Astro NJOI Melalui WhatsApp
Berikut cara beli channel njoi melalui whatsapp ;
- Langkah 1: Hantar Hi ke nombor WhatsApp NJOI (03 9543 8100)
- Langkah 2: Hantar 4 untuk Beli Pek
- Langkah 3: Hantar kod saluran / pek prabayar seperti yang terdapat di saluran 200
- Langkah 4: Pilih cara pembayaran dan lengkapan transaksi
Langgan NJOI Melalui SMS
*Anda mungkin akan dicas setiap sms yang di hantar. Tertakluk kepada caj standard telekomunikasi yang anda gunakan dan Terma dan Syarat
Untuk beli channel njoi melalui SMS, terdahulu pastikan baki kredit njoi anda mencukupi.
Semak Baki Kredit NJOI
Untuk semak baki kredit njoi anda ;
- Langkah 1: SMS 000<jarak>Nombor kad pintar 12-digit dan hantar ke 66688
- Contoh sms: 000 012345678910
Sekiranya baki kredit anda mencukupi, anda boleh terus ke langkah cara beli channel njoi guna sms di bawah
Sekiranya baki kredit njoi anda tidak mencukupi, anda boleh mendapatkan topup njoi yang bernilai RM10, RM20 dan RM30 di melalui:
- Aplikasi My NJOI
- Portal Layan Diri Atas Talian
- Saluran 200 NJOI
- Perbankan atas talian terpilih
- kiosk e-Pay
- Kedai runcit serbaneka seperti 7-Eleven
Cara Topup Kredit NJOI
- Gores kad topup njoi anda untuk dapatkan nombor pin 16 Digit
- Sekiranaya anda membuat pembelian topup menerusi perbankan online, anda akan menerima SMS daripada aplikasi perbankan internet yang anda gunakan
- Hantar kod sms 111<jarak>Nombor kad pintar 12-digit<jarak>Kod 16-digit ke 66688
- Contoh: 111 0123456789101234567890123456
- Satu SMS akan dihantar memaklumkan, baucer anda berjaya diaktifkan dan jumlah terkini topup/kredit njoi anda
Cara beli channel NJOI guna SMS
- Langkah 1: Pergi ke saluran 200 pilih saluran/pek prabayar
- Langkah 2: Ikut arahan yang tertera di skrin untuk pembelian SMS
Cara Langgan Astro NJOI Guna Aplikasi
Untuk cara langgan saluran NJOI melalui aplikasi, anda boleh muat turun aplikasi pada smartphone anda melalui pautan https://apps.njoi.com.my/
Senarai Saluran NJOI Terkini
Njoi menyediakan saluran percuma dan juga pakej saluran berbayar yang anda boleh langgan tanpa sebarang kontrak.
Saluran Percuma NJOI
Terdapat sebanyak 18 saluran TV dan 26 saluran radio percuma untuk pelbagai kandungan seperti hiburan tempatan, antarabangsa, rancangan kanak-kanak, berita penyiaran dan sukan.
Pakej Saluran Berbayar NJOI
Manakala untuk saluran berbayar Njoi, terdapat beberapa tawaran iaitu ;
Starter Pek
Terdiri daripada 12 hingga 25 saluran dalam pakej langganan seperti ;
- Pek HD,
- Sports Mega Pack Baharu,
- Kids Pack Baharu,
- Pek Popcorn,
- Pek Kombolicious Baharu
Pek Add-on
Manakala pek Add-on pula terdiri daripada 3 hingga 6 saluran berbeza.
Saluran
Lebih fokus untuk pakej tambahan satu saluran dengan satu harga sahaja
Filem
Anda boleh memilih untuk menonton filem-filem dalam dan luar negara yang terdapat dalam pakej filem njoi.
Untuk mengenatahui lebih lanjut tentang pakej saluran prabayar njoi anda boleh layari https://www.njoi.com.my/bm-channels-packs/starter-pack
Nota : Untuk pembelian mana-mana Pek Add-on atau saluran tambahan prabayar, pelanggan NJOI perlu mempunyai mana-mana Starter Pek dahulu
Dengan NJOI, pelanggan boleh menikmati TV satelit tanpa langganan bulanan dan mendapatkan perkhidmatan prabayar pada harga yang berpatutan.
Semoga perkongsian mengenai cara langgan astro njoi ini membantu untuk anda melanggan saluran kegemaran di Astro NJOI.