Cara Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa

Cara Tukar Akaun TH Kanak-Kanak Kepada Akaun Dewasa | Elak Akaun Dibekukan Selepas 1 Disember ‘21 ~ Kepada semua para pendeposit TH, khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan. 

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan anda untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa segera. Pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya bermula 1 Disember 2021.

Menurut Mustakim Mohamad (Pengarah Eksekutif Operasi), terdapat hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. 

Transaksi Pengeluaran Akaun TH Akan Dibekukan Mulai 1 Disember

tabung-haji

Kegagalan berbuat demikian selepas 1 Disember 2021 ini akan menyebabkan akaun Tabung Haji yang melebihi had umur kanak-kanak iaitu 18 tahun dibekukan. 

Akaun TH tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

Cara Menukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa

tabung-haji

Anda boleh menukar status akaun TH Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa di mana-mana kaunter cawangan TH yang berdekatan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat); 

  • Isnin-Khamis: 9.30 pagi hingga 1.00 petang
  • Jumaat: 9.30 pagi hingga 12.15 petang

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu datang bersama anak tersebut.

Di samping itu, para pendeposit hendaklah memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif agar dapat menikmati manfaat yang ditawarkan.

Sila rujuk di mana-mana kaunter cawangan TH sekiranya anda mempunyai kekeliruan. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, sila layari laman web rasmi www.tabunghaji.gov.my .

Atau hubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di talian: 03-6207 1919.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!