Contoh Ucapan dan Pantun Selamat Hari Guru

CONTOH UCAPAN SELAMAT HARI GURU

Sambutan Hari Guru boleh menjadi waktu yang tepat untuk anda sampaikan ucapan terima kasih kepada semua para guru.

Disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun, sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawakan tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.

Bagi memperingati jasa para guru yang banyak berkorban masa dan tenaga buat anak murid, ayuh kita sampaikan ucapan istimewa buat mereka.

Di sini kami kongsikan beberapa ucapan serta pantun menarik khas buat anda yang ingin sampaikan salam sayang buat para guru menerusi teks atau media sosial.

Baca Juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu

Contoh Ucapan Selamat Hari Guru

Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. —Hadis Riwayat At-Tirmizi


Guru,

Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2023


Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu.


Oh, Guru!

Begitu besar jasa-jasamu selama ini,

Kau bukan sekadar guru mata pelajaran

Tapi kau adalah orang tua kami di sekolah ini.

Terima kasih tak terhingga dari lubuk hati kami yang terdalam.


Selamat Hari Guru

Wahai guru,

Ibu bapa memberikan kami kehidupan,

Manakala engkau mengajari kami cara untuk menjalaninya,

Jasa dan pengorbananmu akan sentiasa dikenang.


Wahai guru pengasuh jiwa,

Jasamu tidak akan kulupakan sampai bila-bila,

Terima kasih kerana telah mendidikku,

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru-guruku.


Oh guru,

Maafkan kami yang ada kalanya nakal dan tidak mendengar kata,

Ampunkan kami yang sering mengingkari nasihatmu,

Atas segala kasih sayang dan kesabaran menghadapi kami,

Kami berharap semoga Allah membalas kebaikanmu dengan setimpal.

Atas segala ilmu yang diturunkan,

Atas semua kesabaran dan keikhlasan ketika mengajar kami,

Kuungkapkan jutaan terima kasih padamu,

Selamat Hari Guru 2023.


Tanpa bimbingan darimu,

Tidak mungkin kami dapat berjaya ke tahap ini,

Selamat Hari Guru diucapkan untukmu.

Jasa dan baktimu akan dikenang sampai akhir waktu.


Selamat Hari Guru 2023 Sedunia untuk semua guru!

Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.

Tidak tergambar oleh kata-kata,

Kerana banyaknya jasa para guru,

Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan,

Yang memimpin kami mengenal Tuhan,

Semoga kebaikan yang dicurahkan menjadi asbab untuk guru ke syurga.


Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru 2023.


Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan,

Semoga segala usaha murni para guru akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru
Sumber gambar : Dreamstime

Pantun Hari Guru

Pergi ke hutan mencari gaharu,

Untuk dibuat sarung peluru,

Tanpa insan bernama guru,

Takkan membangun generasi baharu.


Turun ke laut bersama umpan,

Namun hujan di tengah hari,

Mengajarkan kami tentang harapan dan kehidupan,

Itulah guru, insan utama yang membentuk kami.


Suasana gunung nyaman dan redup,

Namun penuh semak dan belukar,

Guru memberi pedoman hidup,

Tanpanya pasti kita tersasar.


Pakaian berseri serba baharu,

Untuk dipakai di malam temasya,

Hidup manusia tanpa guru,

Ibarat burung tanpa sayapnya.


Harum sungguh tidak terperi,

Bunga pemberian dari sang ratu,

Umpama lilin membakar diri,

Begitulah pengorbanan mulia si guru.


Pelita dibakar di hujung sumbu

Terang benderang sinar cahayanya,

Betapa mulia kerjaya guru,

Semoga Allah mengangkat darjatnya.


Semoga perkongsian ucapan dan pantun Hari Guru ini dapat menyerikan lagi sambutan hari istimewa.

Meskipun ringkas, namun ia pasti cukup bermakna buat para guru.

Dalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru yang telah banyak berbakti dalam mendidik anak bangsa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!