Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 Dibuka

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 ~ Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai kelengkapan anak-anak yang bersekolah perlu disediakan sebelum bermulanya sesi persekolahan secara fizikal selepas lebih kurang dua tahun pembelajaran atas talian disebabkan oleh pandemik COVID19. 

Baca juga : SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan Slip Keputusan Peperiksaan Anak Sekolah

Sehubungan dengan itu, pihak Zakat Pulau Pinang memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memohon bantuan awal persekolahan 2023 di mana-mana cawangan pusat zakat berhampiran anda. 

Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 

Bantuan ini merupakan bantuan tahunan dan terbuka kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, fakir miskin dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah (rendah/menengah).

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran walaupun berasal daripada keluarga tidak berkemampuan. Melalui pendidikan, anak-anak ini akan membantu meningkatkan taraf sosial keluarga mereka. 

bantuan awal persekolahan zakat pulau pinang 2023

Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut: 

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum Bantuan Zakat yang ditetapkan seperti; 
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.

2. Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi  persekolahan.

3. Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.

4. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.

5. Mempunyai dua orang anak bersekolah sekurang-kurangnya.

NOTA: Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.

Berikut ialah jadual pendapatan isi rumah yang layak memohon  Bantuan Awal Persekolahan 2022, Zakat Pulau Pinang; 

Bilangan AnakPendapatan Kasar Isi Rumah
2 orang anakRM1500 dan ke bawah
3 orang anakRM2000 dan ke bawah
4 orang anak RM2750 dan ke bawah
5 orang anak dan ke atasRM3000 dan ke bawah

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda perlu mendapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022. 

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan pemohon/isteri.
  3. Salinan surat cerai/mati/akuan (jika pemohon ibu tunggal).
  4. Salinan kad pengenalan/mykid/sijil kelahiran pelajar.
  5. Salinan penyata/pengesahan akaun bank.
  6. Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/pencen (jika berkenaan). 

Anda perlu mengisi borang yang anda dapatkan di mana-mana pusat zakat dan hantarkan semula/pos ke kaunter perkhidmatan kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. 

Semakan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023

 

Untuk semakan dan maklumat lanjut , sila hubungi/rujuk senarai di bawah: 

Layari: https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/2013-06-30-14-37-18/pendidikan/program-bantuan-awal-persekolahan

Atau, 

Soalan Lazim F.A.Q

Anak tahun ni tadika tahun depan tahun 1 boleh mohon tak?

Boleh. Untuk anak-anak yang bersekolah tahun 2023.

  • Sekolah rendahMurid tahun 1 hingga tahun 6
  • Sekolah Menengah Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingakatan 6 (atas)

Untuk murid pra sekolah atau tadika 2023 layak tak untuk buat permohonan?

Tidak. Pra Sekolah dan Tadika tidak akan dipertimbangkan

Bila tarikh tutup permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023?

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu)

Bagaimana cara untuk dapatkan borang permohonan?

Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 (Selasa).

Bagaimana cara untuk saya semak status permohonan bantuan ini?

Untuk semakan dan maklumat lebih lanjut berkenaan Skim Awal Persekolahan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Pendidikan kami di talian 04-5498125 / 165 / 167 / 168 (Bercakap dengan En Rizal / En Nawawi / Puan Husna)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!