i-Citra KWSP: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021

i-Citra KWSP: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021 ~ Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tarikh bayaran i-Citra KWSP bagi bulan November baru-baru ini. 

Info Pengeluaran i-Citra KWSP

Pengeluaran i-Citra telah diperkenalkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas.

Semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan boleh memohon.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000. 

  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan; RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Semak Status Permohonan i-Citra

Sekiranya anda telah memohon namun belum menerima apa-apa bayaran, anda boleh semak status permohonan pengeluaran i-Citra dengan mengikuti langkah-langkah di bawah: 

  1. Layari laman web rasmi i-Citra melalui pautan berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/

2. Klik “SEMAK STATUS PERMOHONAN” – kotak kedua. 

3. Lengkap maklumat yang diperlukan kemudian klik, “SEMAK STATUS

4. Status permohonan pengeluaran i-Citra anda akan dipaparkan. 

Semak Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun

Sekiranya, permohonan i-Citra anda telah LULUS, anda boleh menyemak tarikh bayaran i-Citra melalui i-Akaun. Sila rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi i-Akaun melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

(sekiranya anda telah memuat turun Apps i-Akaun, anda boleh login melalui aplikasi (apps) tersebut. 

2. Masukkan ID dan Password anda untuk login.

3. Pergi ke bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL dan klik “WITHDRAWAL HISTORY

4. Kemudian, klik pilihan “i-Citra” yang dipaparkan untuk melihat tarikh bayaran pengeluaran i-Citra anda. 

Penting: Tempoh bayaran adalah mengikut seperti bayaran tarikh bulan pertama anda menerima bayaran.

Contohnya seperti, sekiranya anda menerima bayaran pertama pada 2 Ogos, maka bayaran bulan seterusnya akan diterima pada tarikh yang sama;

Atau, maksimum dalam tempoh 2 minggu; 

Atau, sebelum akhir bulan berkenaan. 

TERKINI: Tarikh Bayaran Bagi Bulan November 2021

Sukacita dimaklumkan, bayaran i-Citra bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula pada 1 November 2021. 

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Penting:  Pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja sahaja. Oleh itu, kesabaran dan pertimbangan anda sepanjang proses pembayaran dilaksanakan amat dihargai.

Sebarang Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi;

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang (kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!