iRakyat : Cara Login & Daftar Bank Rakyat Online

iRakyat merupakan kemudahan perbankan atas talian yang disediakan buat pengguna Bank Rakyat yang ingin membuat transaksi serta pembayaran bil di hujung jari.

Dengan berbekalkan telefon bimbit atau laptop serta internet yang stabil, pengguna bakal nikmati pelbagai kemudahan perbankan secara online daripada Bank Rakyat.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan iRakyat.

Baca Juga : Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)

Cara Akses iRakyat

Untuk mendapatkan akses iRakyat, anda perlulah mendaftar akaun menerusi iRakyat Online Internet Banking. Anda boleh mendaftar menerusi penggunaan :

  • Kad Debit-i / Credit Card-i

atau

  • ID Sementara (Bagi pengguna yang tiada Kad Debit-i / Credit Card-i)

Selepas mendaftar, anda boleh gunakan username serta kata laluan yang sama untuk akses bagi Online Internet Banking (kemudahan perbankan di browser) dan Mobile Banking (kemudahan perbankan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Google PlayStore atau App Store).

Cara Daftar Bank Rakyat Online 

Terdapat dua kaedah untuk daftar iRakyat iaitu menerusi :

  • Kad Debit-i / Credit Card-I

Atau

  • ID Sementara

Cara Mendaftar iRakyat Menggunakan Kad Debit-i / Credit Card-i

  • Menerusi browser, pergi ke pautan www.irakyat.com.my
  • Tekan butang Login dan pilih ‘Personal Banking’.
  • Pilih ‘Register’.
  • Sekiranya anda menggunakan aplikasi iRakyat, klik pada ‘Side Menu’ iaitu simbol tiga titik bertindih yang ada di bahagian kiri atas.
iRakyat
  • Klik ‘Registration’
  • Seterusnya, pilih Kad Debit-i / Credit Card-i
  • Masukkan informasi yang diperlukan dan ikuti prosedur yang sudah ditetapkan sehingga selesai.
  • Baca dan tandakan pada ‘Terms & Conditions’.
  • Pendaftaran selesai. Anda boleh mula gunakan akaun iRakyat.

Cara Mendaftar Menggunakan ID Sementara

  • Hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) dan mohon ID sementara (Temporary ID).
  • Menerusi browser, pergi ke pautan www.irakyat.com.my
  • Tekan butang Login dan pilih ‘Personal Banking’.
  • Pilih ‘Register’.
  • Sekiranya anda menggunakan aplikasi iRakyat, klik pada ‘Side Menu’ iaitu simbol tiga titik bertindih yang ada di bahagian kiri atas.
  • Klik ‘Registration’
  • Seterusnya, pilih ‘Temporary ID’
  • Masukkan informasi yang diperlukan dan ikuti prosedur yang sudah ditetapkan sehingga selesai.
  • Baca dan tandakan pada ‘Terms & Conditions’.
  • Pendaftaran selesai. Anda boleh mula gunakan akaun iRakyat.

Soalan Lazim iRakyat

Sekiranya saya tidak dapat akses kepada akaun iRakyat, apa yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) atau emelkan kepada [email protected].

Bagaimana saya hendak daftar atau kemaskini nombor telefon untuk penggunaan TAC?

Untuk daftar atau kemaskini nombor telefon :
Sila hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan atau hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara)

Adakah saya akan dicaj apabila menggunakan Pay Bills?

Pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj. Namun, sesetengah urusan pengebilan mungkin akan dikenakan caj perkhidmatan. Contohnya, PTPTN akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50. Caj ini akan dipaparkan di skrin sebelum pembayaran dilakukan.

Bolehkah saya daftarkan akaun iRakyat kepada beberapa telefon bimbit?

Ya, pelanggan dibenarkan untuk daftarkan akaun kepada beberapa telefon bimbit, namun hanya satu (1) sesi log masuk dibenarkan dalam satu-satu masa. Sila log keluar daripada satu peranti sebelum anda log masuk ke peranti lain.
Nota : Sila pastikan bahawa anda telah mendaftar akaun iRakyat di peranti peribadi sahaja.

Untuk semak Soalan Lazim penuh sila ke pautan berikut :

Soalan Lazim iRakyat

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut atau bantuan mengenai pendaftaran iRakyat, sila hubungi Hubungi Bank Rakyat Contact Centre di talian 1-300-80-5454 (untuk pengguna tempatan) atau +603-5526 9000 (untuk pengguna luar negara) atau emelkan pertanyaan anda di [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!