Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)

Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)

Menyusuli kenyataan akhbar daripada Kementerian Kewangan bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan terma dan syarat serta mekanisme bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum mencapai umur 50 tahun dan 55 tahun.

Buat masa ini, permohonan FSA2 boleh dibuat menerusi 2 bank iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai perkhidmatan Insan-i BSN serta MBSB Bank.

Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) diwujudkan bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum KWSP bermula 14 April 2023.

Maklumat pembiayaan adalah seperti berikut :

Kadar Keuntungan*KAS + 1.75%
Had PembiayaanMinimum: RM3,000
Maksimum: RM50,000
Tempoh PembiayaanSehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu.
Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan– Secara tunai di kaunter BSN;
– Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;
– Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain
– Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN

Tarikh Permohonan Pinjaman FSA2 KWSP BSN

Untuk makluman, permohonan bagi pinjaman FSA2 KWSP oleh BSN akan dibuka secara atas talian mulai 14 April 2023 sehingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak BSN seperti berikut :

  • Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
  • Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
  • Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
  • Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan

Cara Semak Kelayakan

Untuk semak kelayakan bagi pinjaman ini, sila ikuti langkah berikut :

  1. Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu. Anda boleh lakukannya di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan. Selepas diaktifkan, anda akan menerima nombor TAC untuk semak kelayakan.
  2. Semak kelayakan di i-Akaun
  3. Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)

Cara Memohon Insan-i BSN (Pinjaman Bercagar KWSP)

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan : https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
  2. Fahami dan terima Kesedaran & Kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2
  3. Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  4. Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
  5. Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  7. Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
  8. Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
  9. Anda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
Insan-i BSN

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Borang Permohonan (atas talian).
  • Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
  • Penyata Pendedahan Produk.
  • Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
  • Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
  • Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.

Pembayaran Ansuran Bulanan Insan-i BSN

Sebaik sahaja anda membuat pinjaman ini, anda perlu membuat pembayaran ansuran bulanan.

Tak perlu menunggu sehingga pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP pada umur 50 hingga 55 tahun. Pembayaran ini perlu dilaksanakan setiap bulan sehingga selesai sepenuhnya.

Sekiranya pinjaman anda berjaya,

a) Bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan/atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.

b) Ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Pembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui:

  1. Secara tunai di kaunter BSN;
  2. Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;
  3. Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain
  4. Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN

Jika berlakunya sebarang kegagalan atau kelewatan pembayaran, ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pinjaman bercagar KWSP Insan-i BSN sila rujuk maklumat berikut :

Dapatkan perkembangan terkini daripada BSN melalui saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!