Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS)

Kepada ibu bapa, keluarga Selangor permohonan Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) bernilai RM100. Permohonan boleh dibuat bermula 1 September 2023. Ianya merupakan bantuan secara one-off diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor bagi tujuan pendaftaran ke taska kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah untuk keluarga kategori M40 iaitu dari isi rumah yang berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.

Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS)

insentif yuran pendaftaran taska pintas

PINTAS merupakan salah satu insentif yang telah diumumkan kerajaan negeri Selangor dalam belanjawan negeri 2023 yang diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang bekerjaya untuk mengurangkan tanggungan membayar yuran taska bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan kebawah, dan memastikan anak-anak mendapat penjagaan dan perhatian yang secukupnya sejak kecil.

Syarat Permohonan

insentif yuran pendaftaran taska pintas
  • 1. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang pintas.yawas.com.my
  • 2. Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara; 
  • 3. Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor; 
  • 4. Anak berumur 4 tahun ke bawah; 
  • 5. Menetap di Selangor; 
  • 6. Ibu & Bapa sedang bekerja; 
  • 7. Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000 
  • 8. Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga; 
  • 9. Bukan penerima bantuan Asuh Pintar; 
  • 10. Taska dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.

Dokumen Diperlukan

  • 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan 
  • 2.Salinan Daftar Pengundi Pemohon (MYSPR)
  • 3. Penyata Gaji Pemohon & Pasangan / Akuan Pendapatan
  •  4. Salinan Surat Beranak Anak
  • 5. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat (sekiranya berkaitan)
  • 6. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon (tertera nama & nombor akaun) 
  • 7. Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan tahun 2023

Cara Permohonan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS)

program insentif yuran pendaftaran taska pintas

Bagi ibu bapa yang berminat untuk membuat permohonan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS), permohonan hanya boleh dibuat secara online. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut ;

  • Sila layari laman web https://pintas.yawas.com.my/
  • Klik pada butang PEBDAFTARAN
  • Masukkan No. KP Pemohon
  • Pastikan semua butiran peribadi dan maklumat dilengkapkan dan disi teliti
  • Muatnaik dokumen dalam tempoh 21 hari. Sekiranya dokumen yang di muat naik tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses dan akan digagalkan secara automatik.
  • Proses semakan
  • Lulus
  • Insentif RM100 akan disalurkan kepada akaun pemohon

*SILA PASTIKAN MAKLUMAT ANAK DAN PENJAGA MENEPATI SYARAT PERMOHONAN. SEKIRANYA GAGAL, SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DITERIMA. PERMOHONAN BARU AKAN DIBUKA SEHINGGA KUOTA PERMOHONAN MENCAPAI 5,000 ORANG KANAK-KANAK YANG LAYAK SAHAJA. SEKIRANYA KUOTA PERMOHONAN TELAH MENCAPAI JUMLAH YANG TELAH DITETAPKAN, MAKA PERMOHONAN BARU AKAN DITUTUP DENGAN SERTA-MERTA.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) anda boleh menghubungi ;

Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.

Baca juga : Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)- Panduan Daftar & Semak Perlindungan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!