Permohonan USAS Online 2023 Universiti Sultan Azlan Shah
Terkini permohonan USAS online 2023 bagi pengambilan pelajar baharu Universiti Sultan Azlan Shah kemasukan Febuari 2023 telah dibuka. Ianya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/PRASISWAZAH menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Pelbagai bidang kursus pengajian yang ditawarkan bermula daripada peringkat asasi,diploma,dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan secara online boleh dibuat mulai 2 november 2022 bagi program diploma & ijazah sarjana muda. Manakala untuk asasi permohonan boleh dibuat mulai 8 november 2022.
Universiti Sulatan Azlan Shah juga menawarkan biasiswa bagi pelajar yang layak.
USAS terletak di Bukit Chandan, 33000 Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan sebuah universiti swasta milik kerajaan negeri Perak.
Ditubuhkan sejak 1999. Dahulunya di kenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan yang terkini USAS. Setelah beberapa kali proses dinaik taraf dilakukan, secara rasminya Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ditubuhkan pada 15 Jun 2016. Iaitu setelah YAB. Perdana Menteri Malaysia ketika itu mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta
Permohonan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Online 2023
Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Azlan Shah, berikut maklumat berkaitan syarat kemasukan, cara permohonan,yuran pendaftaran dan maklumat yang berkaitan untuk rujukan anda
Tarikh Permohonan
Peringkat Pengajian | Tarikh Permohonan | Tarikh Tutup Permohonan |
Asasi | 8 November 2022 | 13 Januari 2023 |
Diploma & Ijazah Sarjana Muda | 2 November 2022 | 10 Febuari 2023 |
Cara Permohonan USAS
Permohonan untuk pendaftaran pelajar Universiti Sultan Aziz Shah boleh dibuat secara online dengan melayari portal USAS http://online.usas.edu.my/
Yuran Pendaftaran USAS
RM200 SAHAJA (tertakluk terma dan syarat)
Syarat Kemasukan USAS
Syarat Minima Permohonan Lepasan SPM/STPM/STAM :
ASASI
- Lulus SPM, minima SPM 5 kredit ( termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)
DIPLOMA
- Lulus SPM dengan minima SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.
IJAZAH
- Lulus STPM dengan minima (PNGK 2.0) / STAM (Maqbul) / Diploma (PNGK 2.0) / DVM (PNGK Akademik 2.00 dan PNGK Vokasional 2.67 serta kredit Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah peringkat (SVM)
Kos Yang Ditawarkan Di USAS
Terdapat bidang dan kurus yang ditawarkan bagi setiap peringkat pengajian.
Pascasiswazah
Program |
Fakulti/Pusat |
---|---|
Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Doktor Falsafah Sains Sosial |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Doktor Falsafah Syariah |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Doktor Falsafah Psikologi |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Sains Sosial |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Syariah |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Usuluddin |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Pendidikan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Kewangan Islam |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Psikologi |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Pengurusan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Diploma Pasca Siswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Prasiswazah
Program |
Fakulti/Pusat |
---|---|
Diploma Pengajian Islam |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Usuluddin |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Kewangan Islam |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma In Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Kaunseling Islami |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Syariah Islamiyyah |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Pengurusan Muamalat |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Komunikasi Islam |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Diploma Perakaunan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Diploma Pentadbiran Perniagaan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Diploma Multimedia dengan Dakwah |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Diploma Teknologi Maklumat |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis) |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian) |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam ( Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) |
Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian) Keusahawanan |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Bachelor of Agricultural Industry (Honours) |
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
Asasi / Fast Track / Program Eksekutif
Program |
Fakulti / Pusat |
---|---|
Asasi Sastera |
Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi |
SPM Fast Track Programme |
USAS Bridging Centre |
ODL |
Professional and Continuing Education |
Semakan Kelayakan USAS
Untuk memudahkan anda membuat semakan kelayakan, program berdasarkan maklumat pendidikan anda boleh semak melalui pautan http://online.usas.edu.my/kalkulator/
Semakan Permohonan USAS
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui email. Anda juga boleh membuat semakan sendiri dengan cara layari pautan http://online.usas.edu.my/onlineapp/
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
Kelebihan USAS
- Tempoh Program Pengajian yang Menjimatkan Masa : Asasi (1 tahun), Diploma (2¹/² tahun), Ijazah Sarjana Muda (3-4 tahun)
- PINJAMAN PTPTN disediakan
- BIASISWA PELAJAR CEMERLANG (T’takluk T&S)
- Tambahan Sijil Profesional Bagi Program Ijazah Sarjana Muda.
- Universiti milik penuh Kerajaan Negeri Perak.
- Yuran Pengajian yang berpatutan (subsidi Kerajaan Negeri).
- Asrama yang selesa disediakan.
- Highly job marketability
Permohonan Biasiswa USAS
Kelayakan biasiswa akan ditawarkan secara automatik apabila memenuhi syarat minima semasa mengisi permohonan secara online. Calon akan ditemuduga sebelum ditawarkan Biasiswa USAS.
Syarat minima Biasiswa USAS bagi Program Diploma dan Ijazah :
- Asasi – minima PNGK 3.75
- SPM – minima 7A
- STPM – minima PNGK 3.75
- STAM – Mumtaz
- DIPLOMA – minima PNGK 3.75
Maklumat Lanjut
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan USAS 2023 anda boleh layari portal https://www.usas.edu.my/ atau hubungi nombor ;
- Pejabat : +605 -773 2298
- Izzul : +609- 414 7732
- Faizal : +6019 -470 7732