APDM : Aplikasi Pangkalan Data Murid & E-Kehadiran (KPM)
APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah satu Modul Pengurusan Murid yang digunakan oleh guru-guru serta pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua serta Guru Besar bagi mengemaskini e-kehadiran dan data-data berkaitan murid.
Selain itu, ibu bapa serta penjaga juga perlu memanfaatkan aplikasi ini bagi mengemaskini beberapa maklumat mengenai anak masing-masing termasuklah :
- Profil anak jagaan
- Alamat anak jagaan
- Maklumat penjaga
- Asas kesihatan
- Perakuan maklumat
- Cetak BMM
- Cetak surat persetujuan kesihatan
Fungsi Sistem APDM KPM
Sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini berfungsi sebagai pangkalan bagi mengisi serta menyimpan maklumat penting mengenai murid-murid di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Berbanding sistem SAPS Ibu Bapa yang berfungsi untuk memaparkan keputusan peperiksaan pelajar, APDM pula mempunyai fungsi tersendiri untuk merekod kehadiran serta butiran pelajar secara terperinci.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cara penggunaan APDM.
Cara Login APDM
- Layari Aplikasi Pangkalan Data Murid di pautan https://apdm.moe.gov.my
- Di bahagian kiri laman utama, log masuk APDM dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Contohnya, ABC1234)
Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)
- Admin sekolah disarankan untuk menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali sebagai langkah keselamatan.
- Selepas menukar kata laluan, log masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna yang baru serta kata laluan yang telah ditetapkan. Tekan butang hantar.
Rujuk manual lengkap menerusi pautan berikut :
Mengisi dan Kemaskini Kehadiran Murid
Antara fungsi utama APDM adalah untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
Selain itu, e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
Di samping penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru juga boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan peranti android.
PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID APDM
1. Log Masuk Bagi Pentadbir Sistem
2. Log Masuk Bagi Guru Kelas
3. Manual Pengguna Aplikasi Mudah Alih eKehadiran Murid
Nota :
i) Waktu pengemaskinian kehadiran adalah seperti berikut :
- Sesi pagi : Sebelum jam 10.00 pagi
- Sesi petang : Sebelum jam 3.00 petang
ii) Para guru juga boleh memuat turun borang maklumat murid melalui sistem APDM secara mudah dan efisien.
Cara Mendaftar Maklumat Pelajar
Untuk mendaftar maklumat murid menerusi APDM, sila ikuti panduan berikut :
- Murid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.
- Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
- Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.
- Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.
Antara maklumat yang perlu dilengkapkan adalah :
Maklumat Murid
- Nama penuh
- Nombor MyKid
- Warganegara
- Kaum
- Agama
- Alamat
- Jenis bantuan yang diterima
Maklumat Penjaga
- Nama Penuh
- Status
- Nombor telefon untuk dihubungi
- Pekerjaan
- Pendapatan
Cara Kemaskini Maklumat Pelajar
Untuk memadam atau membuang nama murid daripada sistem, guru kelas boleh lakukannya menerusi menu ‘Data Murid’.
- Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
- Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
- Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.
Rujuk manual lengkap untuk panduan kemaskini maklumat di bawah:
i) Kemaskini Maklumat Asas Murid
ii) Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
Kemaskini Data Guru
Jika ingin mendaftar atau menukar guru kelas sedia ada, guru kelas boleh meminta bantuan daripada Admin APDM sekolah untuk menukar data guru menerusi menu ‘Pendaftaran Kelas’.
Cara Reset Kata Laluan Guru
Sekiranya guru terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk akses Aplikasi Pangkalan Data Murid, sila hubungi pihak admin sekolah untuk reset kata laluan.
Admin sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sedia ada kepada default password / kata laluan sementara.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut tentang sistem ini, e-melkan kepada :
- BPSH 03-88849225 [email protected]
- JOHOR 07-2371190 [email protected]
- KEDAH 04-7745160 [email protected]
- KELANTAN 09-7418112 [email protected]
- MELAKA 06-2327201 [email protected]
- NEGERI SEMBILAN 019-6233882 [email protected]
- PAHANG 09-5715932 [email protected]
- PERAK 05-55015143 [email protected]
- PERLIS 04-9737723 [email protected]
- PULAU PINANG 04-6521038 [email protected]
- SABAH 088-537010 [email protected]
- SARAWAK 082-473634 [email protected]
- SELANGOR 03-55186231 [email protected]
- TERENGGANU 09-6213310 [email protected]
- WP KUALA LUMPUR 03-62046085 [email protected]
- WP LABUAN 087-583351 [email protected]
- WP PUTRAJAYA 03-88890000 ext. 0088 [email protected]