Hari Tasyrik 2023, Maksud,Amalan & Keutamaanya

Hari tasyrik adalah hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Bagi tahun 2023, hari tasyrik bertepatan dengan tanggal 30 Jun – 2 Julai 2023. Pada hari ini juga, umat islam haram untuk berpuasa seperti mana yang tedapat dalam hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: “Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.”

Riwayat Muslim (1141)

Apa Itu Hari Tasyrik

hari tasyrik

Dari segi istilah ‘Tasyriq’ diambil dari kata (شرقت الشمش) yang bermaksud matahari terbit. Menjemur sesuatu, dalam bahasa Arab dinyatakan: (شرق الشيء للشمش).

Pengertian hari tasyrik menurut islam yakni hari raya bagi orang berhaji. Hari Tasyrik juga merupakan tanda selesainya para jemaah haji melakukan wukuf, jamarat, dan tahalul.

Amalan Sunat

Amalan-amalan sunat pada hari Tasyrik(*hari tasyrik 2023 ialah pada 30 Jun – 2 Julai) , iaitu pada hari ke-11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah, termasuklah:

hari tasryik

1.Takbir

Sabda Nabi Muhammad SAW:

زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير

Maksudnya: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”

[HR al-Thabarani]

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a. keluar ke pasar pada 10 hari awal Zulhijjah, lalu mereka bertakbir sehingga menyebabkan orang ramai turut bertakbir bersama mereka.

‘Affan turut menceritakan peristiwa ini. Beliau berkata:

“Abu Hurairah dan Ibnu Umar datang ke pasar pada 10 hari terawal bulan Zuhijjah, kemudian meraka bertakbir dan orang ramai turut bertakbir bersama mereka. Mereka berdua tidak datang melainkan untuk bertakbir.”

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Terdapat dua jenis takbir pada hari raya:

i. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)

• Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.

ii. Takbir Muqayyad (المقيد)

• Bermula bermula dari solat Subuh Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).

2. Banyakkan Zikir

Antara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.

Hadis Nabi Muhammad SAW:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

[HR Ahmad]

3. Hari Untuk Makan – Makan & Minum

Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”

(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda:  “Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir.”   (Imam Muslim r.a.)

Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :  “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.” 

4. Menyembelih haiwan korban.

Selain hari Idul Adha, waktu untuk berkurban adalah hari-hari Tasyrik. Jika tidak sempat untuk berkurban di hari AidilAdha, maka dianjurkan menyembelih haiwan korban di hari-hari Tasyrik

5. Memperbanyak berdoa mohon kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Hari Tasyik dan kelebihanya, dapat kita meningkatkan amalan kita untuk mendapat redha dan rahmat daripada Allah S.W.T

Wallahu’alam

Sumber :

1 – Amalan Pada Hari-Hari Tasyriq – shafiqolbu.wordpress.com

2 – Hari yang di Haramkan Berpuasa – www.jawi.gov.my

Bacaan lanjut : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/2570-irsyad-al-fatwa-siri-ke-20-kaifiat-dan-waktu-takbir-hari-raya-aidiladha

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!