Koleksi Doa Pembuka Majlis & Doa Selamat Ringkas

Doa pembuka majlis telah menjadi pelengkap bagi memulakan sesuatu majlis atau acara.

Bacaan doa pembuka majlis ini sering dilazimkan dengan tujuan untuk memohon keberkatan serta dipermudahkan kelancaran sepanjang majlis berlangsung.

Kebiasaannya seorang Ustaz atau hadirin yang lebih berpengalaman dalam ilmu agama akan diberikan tanggungjawab untuk mengetuai bacaan doa ini. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai doa pembuka majlis.

Baca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap  

Galakan Membaca Doa Pembuka Majlis

Amalan ini bukan sahaja sebahagian daripada kelaziman dalam aktiviti bermasyarakat, malah ia juga merupakan satu ibadah yang sangat dituntut.

Imam An-Nawawi Rahimahullah Ta’ala menyatakan bahawa punca sesuatu majlis terasa kosong adalah kerana lalai daripada mengingati Allah SWT. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Bacaan doa pembuka majlis atau doa selamat tidak semestinya perlu dibaca 100% dalam Bahasa Arab.

Sebaliknya, ia boleh dicampurkan dengan bacaan doa dalam Bahasa Melayu asalkan kandungannya mudah difahami dan mempunyai maksud yang baik.

Koleksi Doa Pembuka Majlis

Berikut dikongsikan beberapa doa pembuka majlis yang anda boleh bacakan untuk sempurnakan lagi majlis atau acara.

Doa Pembuka Majlis 1

Doa Pembuka Majlis

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,

Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami

Doa Pembuka Majlis 2

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،

وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم

 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

Berikut dilampirkan pula koleksi doa yang boleh dibacakan dalam pelbagai ACARA RASMI :

Doa Pembuka Majlis
Doa Pembuka Majlis

Untuk panduan lengkap mengenai bacaan doa pembuka majlis dan doa selamat, sila rujuk informasi yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi pautan berikut :

https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/panduan-doa-rasmi.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!