Zakat Fitrah 2023 Kadar Harga Bayaran Ikut Negeri

Kadar bayaran zakat fitrah 2023 mengikut negeri adalah berbeza-beza bergantung kepada majlis agama negeri masing-masing.

Kadar harga bayaran zakat dikira mengikut kategori beras yang menjadi makanan ruji bagi penduduk disesuatu negeri tersebut. Ia juga berdasarkan harga beras yang dikeluarkan oleh pihak berwajib mengikut harga semasa

Membayar zakat hukumnya wajib bagi ke atas dirinya sendiri, dan setiap orang yang wajib diberi nafkah. Golongan itu termasuklah isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Hukum Bayaran Zakat Fitrah Secara Online

Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar pada bulan Ramadhan. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW berikut:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌فَرَضَ ‌زَكَاةَ ‌الْفِطْرِ ‌مِنْ ‌رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia, satu sa’ (unit ukuran berat) daripada kurma, atau satu sa’ daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.

Riwayat Muslim (984)

Merujuk kepada majlis fatwa kebangsaan, hukum membayar zakat fitrah secara online hukumnya sah zakat fitrah yang dibayar secara atas talian/online kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya

Bayaran zakat secara online boleh dibuat mengikut pusat zakat negeri masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai kesempatan masa disebabkan kesibukan bekerja atau apa jua halangan, kini boleh membuat pembayaran zakat secara online.

Baca juga : Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023

Syarat Wajib Menunaikan Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Waktu Bayar Zakat Fitrah

zakat fitrah 2023

Berbeza dengan zakat-zakat yang lain, zakat fitrah perlu dilaksanakan pada waktu yang khusus. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri

kadar zakat fitrah 2023

Kadar zakat fitrah bagi tahun 2023 mengikut ketetapan majlis agama islam negeri masing-masing setelah di putuskan adalah seperti berikut ;

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2023
PerlisRM7.00
KedahRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Pulau PinangRM7.00/ RM13.00 / RM20.00
PerakRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
SelangorRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
JohorRM7.00 / RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM7.00
WP Kuala LumpurRM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Bagi negeri-negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat fitrah, setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.

Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM7 dan jumlah tersebut ditetapkan untuk meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan dalam menunaikan kewajipan itu ketika Covid-19.

Dua lagi kadar zakat fitrah ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan selain ingin membayarnya secara gandaan mengikut beras dimakan

Bayaran Zakat Secara Online

Bagi memudahlan pembayar zakat untuk menunaikan rukun islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, pelbagai inisiatif dan platform telah dibuat bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah dilakukan. Antaranya pembayaran zakat melalui platform perbankan online seperti Maybank2u, ecomerce seperti shopee.

Selain itu juga, setiap negeri telah menyediakan platform pembayaran zakat online masing-masing seperti berikut ;

Golongan Penerima Zakat

Zakat yang dikeluarkan akan diagihkan kepada golongan asnaf, yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60

۞ إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ ۝٦٠

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

8 Golongan Asnaf

Asnaf Fakir

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Asnaf Miskin

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

Asnaf Amil

Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri bagi mewakili pentadbir untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

Asnaf Muallaf

Muallaf ialah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam

Asnaf Riqab

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.


Asnaf Fisabillilah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Asnaf Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan

Semoga panduan kadar zakat fitrah 2023 ini membantu untuk anda membuat rujukan bagi mengeluarkan zakat pada tahun ini. Jangan lupa bayar zakat, kerana zakat itu menyucikan harta dan jiwa

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!