Hari Kidal Sedunia : Fakta & Keistimewaan Orang Bertangan Kiri

Pada tanggal 13 Ogos setiap tahun, seluruh dunia meraikan keunikan individu yang bertangan kidal. Bagi yang biasa menggunakan tangan kanan untuk melakukan pelbagai aktiviti harian, mereka mungkin melihat si kidal menggunakan tangan kiri kelihatan agak janggal atau pelik.

Namun, orang bertangan kidal sahaja mengetahui kesukaran yang dialami terutamanya ketika menggunakan peralatan tertentu seperti gitar, tetikus, gunting, pensel dan sebagainya.

Ingin tahu apa yang istimewanya mengenai individu bertangan kidal? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Hari Kidal Sedunia : Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Individu Kidal

Tarikh 13 Ogos telah dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa bagi meraikan golongan unik ini bermula 13 Ogos 1976.

Pakar analisis tulisan tangan, Dr Azura Hashim berkata kajian mendapati terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus populas bertangan di seluruh dunia.

Disebabkan mereka merupakan golongan minoriti dalam masyarakat, golongan kidal sering berhadapan dengan pelbagai cabaran setiap hari,

Meskipun begitu, terdapat banyak kelebihan yang dimiliki oleh golongan ini.

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh si kidal adalah :

Mempunyai Semangat Daya Saing

Orang kidal dikatakan mempunyai semangat daya saing yang cukup tinggi. Sikap mereka yang tidak mudah menyerah kalah membuatkan mereka sangat sesuai untuk menjadi ahli pasukan.

hari kidal sedunia

Suka Berfikir Dari Luar Kotak

Pada kebanyakan masa, idea daripada golongan kidal sememangnya cukup unik dan luar daripada kotak pemikiran individu biasa. Oleh sebab itulah ramai yang mengatakan orang kidal ini kreatif. Memang lain dari yang lain!

Mempunyai Daya Fikiran dan Memori Yang Baik

Orang kidal juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk memahami informasi dengan lebih cepat dan mengingati sesuatu dengan lebih baik.

Punya Kawalan Diri Yang Bagus

Antara ciri menarik yang dimiliki oleh orang kidal adalah kemampuan mereka untuk mengawal diri. Ia merupakan sebuah kemahiran yang penitng untuk membina karakter yang cemerlang. Kualiti ini juga membolehkan si kidal untuk tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling serta teguh pada pendirian.

Mudah Memulakan Perbualan

Kebanyakan individu bertangan kidal sering dikatakan sebagai introvert. Namun, sebaliknya mereka mudah memulakan perbualan dan tidak kekok bila berbual. Cuma mungkin mereka hanya berbual bila perlu sahaja.

Walaupun kenalan anda tidak ramai yang bertangan kidal, namun sebenarnya terdapat ramai tokoh dan personaliti popular yang bertangan kidal antaranya :

  • Bill Gates
  • Steve Jobs
  • Mark Zuckerberg
  • Rafael Nadal
  • Albert Einstein
  • Oprah
  • Leonardo Da Vinci
  • Gordon Ramsay
  • Barack Obama
  • Kurt Cobain
hari kidal sedunia

Walaupun mereka ini hanya golongan kecil dalam masyarakat, namun keistimewaan yang dimiliki menjadikan mereka cukup menyerlah berbanding golongan tangan kanan.

Masih belum terlambat untuk anda ucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada keluarga atau rakan terdekat yang kidal.

Jom kongsikan informasi menarik ini bersama mereka, pasti mereka sendiri terkejut dan ada yang mungkin boleh relate dengan personaliti peribadi.

Sumber : Harian Metro, Remaja

Baca Juga : Tips & Cara Membuat Nota Poket Yang Mudah & Senang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!