Tips & Cara Membuat Nota Poket Yang Mudah & Senang

Bagi pelajar atau murid yang sudah hampir untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan, nota poket boleh membantu untuk mengingati kembali setiap nota yang telah dicatatkan.

Nota poket ialah nota bersaiz kecil yang merangkumi catatan penting pembelajaran dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Selain daripada peta minda, ini adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mengingati kata kunci dan maklumat penting dalam sesuatu topik atau subtopik.

Nota jenis ini tidak melibatkan maklumat terlalu banyak atau panjang bagi memudahkan proses untuk mengingati topik tersebut.

Tips Penting

Terdapat beberapa tips penting yang boleh dijadikan panduan untuk membuat nota ini seperti:

  • Guna perkataan sendiri atau singkatan dan bukannya menyalin terus ayat-ayat yang dipetik daripada teks asal buku.
  • Susun isi dengan teratur dan hanya perkara-perkara yang penting sahaja perlu ditulis.
  • Digalakkan untuk ‘highlight’ di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca nota tersebut.
  • Boleh meggunakan simbol-simbol yang dapat difahami secara peribadi.
  • Tinggalkan ruangan kosong untuk mencatat sebarang isi tambahan atau isi penting.

Cara Membuat Nota Poket

Untuk membuat nota poket yang baik, pelajar atau murid boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih tajuk topik dan rujuk maklumat dalam buku teks.
  2. Fahami kandungan topik secara umum untuk menentukan maklumat dan kata kunci penting.
  3. Baca teks dan kemudian garis maklumat yang penting.
  4. Fahamkan dan kaitan antara maklumat yang digariskan dengan nota asal.
  5. Keluarkan maklumat dan salin pada kertas lain yang bersaiz kecil atau kertas A4 yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.
  6. Susun fakta tersebut mengikut turutan supaya tidak terkeliru.
  7. Gunakan warna dan kreativiti untuk mencantikkan nota tersebut.
  8. Baca semula maklumat dan fahami nota yang telah ditulis.
  9. Simpan nota tersebut dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  10. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses seperti mana di atas.

Contoh Nota Poket

Contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

i) Contoh saiz kecil

ii) Contoh kertas A4 dibahagikan kepada beberapa bahagian

Info Lanjut

Untuk panduan lanjut mengenai cara pembuatan nota poket, sila layari https://www.youtube.com/watch?v=yBWUuKU2A4M.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!