SIP GIG PERKESO 2022 | Insentif RM600-RM800/bulan Selama 6 Bulan
SIP GIG PERKESO 2022 | Insentif RM600-RM800/bulan Selama 6 Bulan ~ Sukacita dimaklumkan anda kini boleh membuat permohonan untuk program SIP GIG bagi mendapatkan insentif sebanyak RM600-RM800/bulan selama 6 bulan.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian bermula 17 Januari 2022. Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 30 Jun 2022.
SIP GIG PERKESO 2022
SIP GIG PERKESO 2022 merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas pendapatan. Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
Melalui inisiatif ini, pemohon yang berkelayakan akan menerima insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
Antara objektif utama program ini adalah untuk;
- Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
- Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
Individu Yang Layak Memohon
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
Individu Yang TIDAK Layak Memohon
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon, sila muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google Play Store atau layari pautan berikut: matrix.perkeso.gov.my
Anda boleh menghantar permohonan anda melalui aplikasi PERKESO tersebut atau pautan yang diberikan diatas.
Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
Syarat Untuk Menerima Insentif
- Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
- Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui info lanjut, sila layari pautan berikut: www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my
Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di: https://eaduansip.perkeso.gov.my.