Harga Scaling Gigi 2023 (Klinik Kerajaan & Swasta)
Harga Scaling Gigi 2023 (Klinik Kerajaan & Swasta)
Selain penjagaan fizikal dan mental, penjagaan kesihatan gigi juga tidak boleh diabaikan.
Salah satu rawatan berkala yang sangat digalakkan untuk menjamin kesihatan gigi berpanjangan adalah scaling atau cuci gigi di klinik secara berkala.
Mungkin ada yang menganggap prosedur scaling adalah untuk memutihkan gigi. Hakikatnya, tidak.
Sebenarnya, scaling dilakukan untuk membersihkan permukaan gigi serta gusi daripada karang gigi serta kotoran.
Kekuningan (stain) atau kekotoran pada permukaan gigi boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti merokok, mengunyah tembakau atau pengambilan minuman tertentu seperti kopi atau teh.
Harga Scaling Gigi 2023 di Klinik Kerajaan
Mungkin ada yang belum tahu yang klinik kerajaan juga menawarkan perkhidmatan penskaleran gigi setanding dengan klinik swasta.
Harga perkhidmatan ini cuma RM 3 sahaja (RM 2 caj scaling + RM 1 caj pendaftaran). Cuma bila anda ke klinik kerajaan, tempoh menunggu memang tak dinafikan agak lama disebabkan ramai pesakit. Selain di klinik kesihatan, anda juga boleh dapatkan rawatan scaling di klinik gigi UTC.
Untuk mudahkan lagi pengguna, Kementerian Kesihatan Malaysia juga memperkenalkan kemudahan tempahan temujanji kesihatan pergigian menerusi aplikasi MySejahtera.
Contoh Harga Scaling Gigi di Klinik Swasta 2023
Rawatan di klinik swasta pula walaupun lebih mahal, namun tempoh menunggu tidak terlalu lama. Tempoh perkhidmatan sesetengah klinik juga ada yang berlanjutan sehingga malam.
Berikut dikongsikan lingkungan harga perkhidmatan scaling yang ditawarkan di beberapa klinik gigi swasta di Lembah Klang.
1. Klinik Pergigian Zahida
Harga : RM 80-RM 150
Lokasi : Klinik Pergigian Zahida 24A, Jalan Liku B, 8/B Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Laman Web : https://zahidadental.com/ms/
2. Klinik Pergigian Rohaya
Harga : RM 80 – RM 150
Lokasi : No. 18-2, Jalan 14/48A, Off Jalan Sentul, Sentul Raya, 51100 Kuala Lumpur
Laman Web : https://www.klinikpergigianrohaya.com/
3. Klinik Pergigian Dr Feeliz
Harga : RM 90 – RM 200
Lokasi : 24B, Jalan Suarasa 8/4, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Laman Web : https://drfeeliz.com/
4. Klinik Pergigian Dr Leen
Harga : RM 120 – RM 180
Lokasi : No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, Kajang, Malaysia
Laman Web : Facebook Klinik Pergigian Dr Leen
Tidak kiralah yang mana satu pilihan anda, yang penting jangan lupa untuk buat pemeriksaan gigi dan scaling secara berkala.
Lebih rajin anda menjaga kesihatan gigi, lebih kuranglah perbelanjaan untuk rawatan gigi. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Baca Juga : Insurans Cermin Kereta : Cara Claim & Harga