PRN 2023 Malaysia Tarikh Pilihan Raya 6 Negeri Terlibat
PRN 2023 akan melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan. Terkini hasil mesyuarat khas, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan tarikh Penamaan calon 29 Julai 2023 Sabtu, tarikh Mengundi awal 8 Ogos 2023 Selasa, dan tarikh mengundi ialah pada 12 Ogos 2023 Sabtu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut sama memberi bayangan tarikh PRN 2023 pada bulan Ogos ini
Tarikh Penting PRN 2023
Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Tarikh PRN 2023
Mengikut undang-undang pilihan raya, tarikh akhir bagi mengadakan pilihan raya negeri adalah 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Tarikh-tarikh penting PRU DUN KE-15:
- Tarikh keluar wirit 5 Julai 2023 Rabu
- Penamaan calon 29 Julai 2023 Sabtu
- Mengundi awal 8 Ogos 2023 Selasa
- Mengundi 12 Ogos 2023 Sabtu
Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengistyiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai 2023 (Sabtu) sehingga pukul 11:59 malam, 11 Ogos 2023 (Jumaat)
Semakan Daftar Pemilih PRN 2023
Bagi tujuan semakan kelayakan dan status daftar pemilih PRN 2023, anda boleh menyemak dengan cara melayari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
Senarai Calon Pilihan Raya Negeri 2023
Untuk senarai calon PRN 2023, anda boleh membuat semakan menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon
Undi Pos PRN 2023
Tarikh permohonan bagi undi pos dalam dan luar negarai bagi pilihan raya negeri (PRN) 2023, akan dibuka bermula 15 Jun 2023, manakala tarikh tutup ialah pada;
- Kategori 1A – 26 Julai 2023 Rabu
- Kategori 1B – 8 Julai 2023 Sabtu
Cara Pelaksanaan Undian POS
- Kategori 1A -petugas pilihan raya, anggota/pegawai SPR dan petugas media
- Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara)
- Kategori 1C (agensi/organisasi)
Kategori 1A, 1B dan 1C perlu membuat undian pos secara online menerusi https://myspr.spr.gov.my.
Kecuali bagi Kategori 1A bagi anggota polis dan tentera kaedah permohonan undi pos perlu dibuat secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my mulai 15 Jun.
Borang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing
Semua pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Tarikh tutup permohonan undi pos
- Kategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon
- Kategori 1B tiga hari selepas mesyuarat khas
- Kategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas.
Tarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak katanya.
Bagi penghantaran kertas undi pos kepada pengundi tidak hadir (PTH) luar legara, pengundi perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.
PTH luar negara boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 23 Jun ini.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200
Permohonan Program Pemerhati PRN Ke-15 2023
Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebagai Pemerhati Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15, permohoan kini di buka bermula 15 Jun 2023 (Khamis) dan ditutup pada 7 Julai 2023 (Jumaat).
Syarat -Syarat Kelayakan
Terbuka kepada : –
- Agensi Kerajaan;
- Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);
- Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Nota : Program ini tidak terbuka kepada individu
Syarat-syarat kelayakan : –
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
- Tidak bankrap;
- Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
- Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
- WAJIB menghadiri latihan yang disediakan; dan
- Membuat pemerhatian dalam satu DUN SAHAJA; dan
- Maksimum 3 orang pemerhati di setiap DUN
Nota :
- Tiada ganjaran kewangan akan diberikan
- Latihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik
Skop Pemerhatian
- Proses Penamaan Calon;
- Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
- Kempen Pilihan Raya;
- Proses Undi Awal;
- Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
- Proses Pengundian Biasa;
- Proses Pengiraan Undi Awal;
- Proses Pengiraan Undi Pos;
- Proses Pengiraan Undi; dan
- Proses Penjumlahan Rasmi Undi.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS dan muat turun borang-borang yang disediakan;
- Laporan aktiviti;
- Profil pertubuhan;
- Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS);
- Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
- Borang permohonan
- Lampiran A (Senarai bahagian DUN bagi setiap negeri dan pilihan lokasi latihan)
- Lampiran B (Kod Etika dan Akujanji)
- Lampiran C (Senarai Nama Permohonan Pemerhati PRU DUN)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan PRN 2023 bagi enam negeri iaitu Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan boleh di dapati menerusi website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di https://www.spr.gov.my/
Imbas kembali Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & DUN Pilihan Raya 2022