Diskaun Pembelian Car Seat Kanak-Kanak Sehingga 50% Atau RM150

Diskaun Pembelian Car Seat Kanak-Kanak Sehingga 50% Atau RM150 ~ Berikutan statistik kematian yang melibatkan kanak-kanak agak merungsingkan, kerajaan tampil dengan solusi melalui Bajet 2022.

Dengan itu, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM30 juta dana untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah (khususnya golongan b40) melalui pemberian insentif bagi setiap pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

car seat kanak-kanak

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 bagi setiap pembelian car seat kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan adalah untuk membantu meringankan beban golongan b40 yang mempunyai anak kecil dan memerlukan car seat bagi tujuan keselamatan di dalam kenderaan. Keselamatan golongan kanak-kanak adalah amat signifikan kerana mereka merupakan aset negara yang bernilai untuk masa depan. 

Kelayakan Pemohon

Subsidi 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian car seat kanak-kanak ini layak dimohon oleh semua golongan b40 yang mempunyai anak kecil berdasarkan syarat yang ditetapkan. 

Kadar Insentif Car Seat Yang Diperuntukkan

Setiap penerima boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS) berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. 

Cara Memohon/Penebusan Insentif Car Seat

Maklumat mengenai cara memohon/penebusan insentif & subsidi carseat akan dikemaskini kelak**berdasarkan maklumat yang akan akan dikemaskini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) / Agensi berkenaan dalam masa terdekat

Rujuk: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=247522500752535&id=100064843592221

Tarikh Permohonan/Penebusan Insentif & Subsidi Car Seat

Makluman rasmi mengenai tarikh permohonan/penebusan insentif & subsidi car seat belum ada lagi diumumkan. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai insentif ini termasuklah tarikh permohonan/penebusan dibuka akan dikemaskini kelak. 

Ciri-Ciri Car Seat Kanak-Kanak Yang Menepati Undang-Undang (bermula Tahun 2020)

  1. Pemakaian car seat adalah wajib bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 cm tanpa mengira umur. Kerajaan tidak menetapkan pemakaian car seat berdasarkan berat, namun menggunakan ketinggian sebagai penanda aras untuk mewajibkan penggunaan carseat dalam kenderaan. 
  1. Ibu bapa hendaklah meletakkan car seat anak-anak di bahagian belakang tempat duduk kereta. 
  1. Ibu bapa hendaklah membeli car seat yang sesuai dengan ketinggian dan berat anak-anak untuk memberi keselesaan serta memastikan aspek keselamatan terjamin. 
  1. Setiap pembelian car seat mestilah mempunyai cop kelulusaan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS. 
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!