Gaji Minimum 2023 Malaysia (Perintah Gaji Minimum 2022)

Gaji Minimum 2023 Malaysia (Perintah Gaji Minimum 2022)

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan penetapan kadar gaji minimum baharu dengan nilai RM 1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Namun, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada 5 orang, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.

gaji minimum 2023
gaji minimum 2023

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah dikemaskini bagi tahun 2023.

Baca Juga : Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)

 Perintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)

Definisi ‘gaji minimum’ di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2010 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.

Ia merupakan salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk memastikan pekerja dapat memenuhi kepeluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka.

Tarikh Kuatkuasa Perintah Gaji Minimum (PGM)

Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu :

(a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:

  • majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan
  • majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

(b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

Apakah implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan?

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

  • Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
  • Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.

Pekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum 2023

Penerimaan kadar gaji minimum adalah terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali perkhidmatan domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual berikut :

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

Jadual Kadar Gaji Minimum 2023

Berikut merupakan perlaksanaan kadar gaji minimum 2023 yang perlu dipatuhi oleh majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu

  • profesional sains dan kejuruteraan;
  • profesional kesihatan;
  • profesional perguruan;
  • profesional perniagaan dan pentadbiran;
  • profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
  • profesional perundangan;
  • profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;
  • profesional sosial dan kebudayaan; dan
  • badan pengawalaturan

Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum

Majikan wajib untuk membayar gaji minimum kepada pekerja. Sekiranya gagal, majikan boleh dikenakan penalti seperti berikut :

KesalahanPenalti
Kesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.
Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..
Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan serta khidmat nasihat mengenai dasar dan perlaksanaan gaji minimum, sila layari laman web minimumwages.mohr.gov.my atau hubungi :

Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: [email protected]
Laman sesawang: www.mohr.gov.my

Isu-isu Pelaksanaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm.mohr.gov.my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah.mohr.gov.my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : [email protected]
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : [email protected]
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my

FAQ Gaji Minimum 2023

Mengapakah pekerja asing tidak dikecualikan daripada menerima gaji minimum?

Seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah dan seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Di samping itu, Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997 yang menetapkan seseorang pekerja hendaklah tidak didiskriminasikan atas alasan kewarganegaraan.

Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

 TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

Adakah gaji minimum bertentangan dengan amalan Productivity-Linked Wage System(PLWS)?

TIDAK. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan PLWS selagi pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!