Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)
Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)
Seperti yang kita tahu, Akta Pekerja 1955 telah diwartakan Pindaan 2022 berkuatkuasa pada 1 September 2022.
Antara perubahan yang diperkenalkan dalam pindaan ini adalah :
Jumlah waktu bekerja mingguan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Lebih daripada itu akan dikira sebagai Over Time atau Kerja Lebih Masa.
Pekerja bergaji bawah RM 4,000 juga layak untuk dapat Overtime tanpa mengira pangkat. Sebelum ini, hanya pekerja dengan gaji RM 2,000 ke bawah sahaja yang layak untuk claim.
Jadi, adalah hak dan tanggungjawab anda untuk ketahui mengenai cara kiraan overtime sekiranya anda bergaji RM 4,000 ke bawah. Bagi yang bergaji RM 4,001 ke bawah, ia adalah tertakluk kepada kontrak pekerjaan dengan majikan.
Tanpa melengahkan masa, jom kita fahami dan belajar cara kira overtime.
Baca Juga : Contoh Slip Gaji : Butiran dan Cara Buat Slip Gaji Sendiri
Cara Kira Overtime
Semak Jumlah Hari Bekerja
Pertama sekali, anda perlu semak jumlah hari bekerja masing-masing di jadual atau kontrak perjanjian kerja.
Sekiranya anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/6 = 7.5 jam sehari.
Jika anda bekerja 5 hari seminggu, maka waktu bekerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/5 = 9 jam.
Kira Kadar ORP dan HRP
Bila anda sudah tahu jumlah hari dan jumlah jam bekerja sehari, kira pula kadar harian OT.
Caranya ialah dengan mengenalpasti rate gaji harian (ORP) terlebih dahulu. (ORP = Ordinary Rate Pay)
Formula untuk mendapatkan ORP adalah seperti berikut :
Gaji bulanan/26
Contohnya gaji anda RM 4,000 :
RM 4,000/26 = RM 153.85
Jadi, RM 153.85 ialah rate gaji harian anda.
Untuk dapatkan rate gaji per jam (HRP), bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja. Contohnya, anda bekerja 8 jam :
HRP : RM 153.85/8 = RM 19.23.
Jika anda bekerja 8.5 jam, maka HRP anda adalah :
HRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51
Semak Hari Overtime
Untuk kira overtime, semak jenis hari anda buat OT. Gandaan Hari OT adalah berbeza mengikut hari.
Hari biasa : 1.5
Hari Rehat : 2.0
Cuti Umum : 3.0
Perlu diingat bahawa kadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari. Contohnya, kalau waktu bekerja anda adalah 8 jam, maka OT hanya dikira selepas daripada 8 jam.
Cara Kira Overtime
Formula untuk cara kira overtime adalah seperti berikut :
HRP X Jumlah Jam Anda Buat OT X Gandaan Hari OT
Sebagai contoh, jika anda bekerja lebih masa 3 jam pada hari biasa dan HRP anda adalah RM 19.23, maka kiraan gaji overtime yang anda akan dapat adalah :
RM 19.23 X 3 X 1.5 = RM 86.54
Jika anda buat OT selama 3 jam pada Cuti Umum, anda lebih beruntung untuk dapatkan 3 kali ganda bagi setiap jam OT :
RM 19.23 X 3 X 3 : RM 173.07
Mudah saja bukan untuk kira OT? Dengan panduan ini, anda dapat semak semula jumlah OT yang diterima pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!
Sumber : FB Abdul Basit