HDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022

HDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022 ~ Housing deposit assistance scheme (hdas) atau, skim bantuan deposit perumahan sarawak 2022ini ditawarkan khusus buat golongan B40 dan M40 yang menetap di Sarawak. 

HDAS: Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022 

HDAS adalah merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman dan diuruskan oleh Mutiara Mortgage bersama Credit Sdn Bhd. 

Antara objektif utamanya adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan muda.

Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) ini telah dibuka untuk permohonan bermula Januari ini. Permohonan bagi skim ini boleh dibuat menerusi pemaju yang tersenarai bagi projek yang diluluskan atau skim Mutiara Mortgage and Credit.

HDAS

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berasal dari Sarawak.
  • Permohonan mestilah berusia 21 tahun dan ke atas.
  • Permohonan tidak berstatus bankrup.
  • Semua jenis pembangunan perumahan yang dibiayai adalah di bawah Housing Development Corporation (HDC) dan skim rumah mampu milik yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Surat tawaran daripada Housing Development Corporation (HDC).
  • Borang permohonan pembiayaan.
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Bukti pendapatan (slip gaji, baucer pembayaran dsb..) termasuk penyata bank akaun.

Cara Permohonan

Kepada sesiapa yang berminat,anda  boleh menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Ground Floor of The Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi /layari seperti maklumat dibawah;

  • Talian: 082-313035
  • Website: https://mutiaracredit.com.my/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!