Filem Bollywood Jawan : Sinopsis, Barisan Pelakon, Trailer Rasmi

Filem Jawan telah pun menjadi bualan penggemar movie Bollywood sejak mula-mula diumumkan.

Menerusi akaun Youtube Red Chillies Entertainment, video pengumuman tajuk filem ini telah ditonton sebanyak lebih daripada 41 juta kali.

Pada asalnya, filem bergenre action-thriller ini dirancang untuk muncul di pawagam pada 2 Jun 2023 seperti yang tertera di poster rasmi. Namun, atas sebab-sebab tertentu ia telah ditunda pada tarikh baru iaitu 7 September 2023.

 Trailer rasminya yang baru ditayangkan kurang daripada dua minggu lepas juga telah mendapat jutaan tontonan pengguna Youtube. Ini sekaligus membuktikan populariti Shah Rukh Khan yang tidak memudar meskipun pelakon itu sudah berusia lebih 50 tahun.

Filem Jawan akan menjadi filem kedua lakonan Shah Rukh Khan dalam tahun 2023 setelah beliau membintangi filem bertajuk Pathaan yang telah ditayang pada Januari lalu. Lebih menarik lagi, filem ini juga melibatkan isteri pelakon popular itu iaitu Gauri Khan yang berperanan sebagai produser filem.

Mungkin ada yang tak tahu bahawa Red Chillies Entertainment dikendalikan oleh keluarga Shah Rukh Khan. Maka, tak hairanlah mengapa Gauri dipilih untuk menjadi produser filem ini!

Untuk menjangkau lebih ramai penggemar filem Bollywood, Jawan juga akan ditayangkan dalam lima bahasa sekaligus iaitu Hindi, Tamil, Telugu, Malayalam dan Kanada.

Jom sama-sama kita lihat trailer rasmi filem ini di bawah :

Sinopsis Filem Jawan Lakonan Shah Rukh Khan

Filem Jawan mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Vikram yang berniat untuk membaiki kesalahan masa silamnya. Dia juga nekad untuk membalas dendam atas penderitaan yang dialami. Dalam trailer filem tersebut, Shah Rukh Khan dilihat memegang peranan sebagai tentera upahan yang menganggotai sebuah pasukan khusus.

Filem ini nampaknya akan jadi lebih menarik apabila Shah Rukh Khan akan memainkan satu lagi watak iaitu sebagai penjahat.

jawan

Dalam pasukan itu, Vikram bertemu seorang wanita bernama Sanya (Nayanthara) yang mempunyai latar belakang serta misi yang sama untuk melawan kejahatan. Apakah kesudahan Vikram dan dapatkah dia menegakkan keadilan? Kalau nak tahu, kenalah tonton filem Jawan di pawagam terdekat anda hari ini.

jawan

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon bagi filem Jawan

PelakonWatak
Shah Rukh KhanVikram Rathore / Azaad Rathore
NayantharaSanya
Vijay SethupathiKaalie Gaikwad
Deepika PadukoneAishwarya Rathore
PriyamaniLakshmi
Sanya MalhotraDr Eeram
Sunil GroverIrani
Sanjeeta BhattacharyaHelena
Girija OakIshkra
Lehar KhanKalki
Aaliyah QureishiJahnvi
Riddhi DograKaveri
Mukesh ChhabraPappu

Anda boleh semak waktu serta tayangan filem Jawan di pawagam melalui pautan di bawah :

Jom ajak rakan dan keluarga untuk tonton filem Jawan di pawagam terdekat anda!

Baca Juga : K-Drama A Time Called You (Sinopsis, Barisan Pelakon, Review)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!