Belanjawan Terengganu 2022: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40

i-Fitri

Belanjawan Terengganu 2022: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40 ~ Baru-baru ini, Kerajaan Terengganu telah mengumumkan pakej bantuan dana raya yang dikenali sebagai i-Fitri. 

Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 115,000 penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah yang terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40. 

i-Fitri 2022

Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40

i-Fitri adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada lebih kurang 31,500 isi rumah golongan B40 dan 83,500 isi rumah M40 (berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000).

Setiap isi rumah yang berkelayakan yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima bantuan bernilai RM400, manakala golongan m40 akan menerima bantuan bernilai  RM250. Bantuan ini akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan bantuan ini ketika persidangan Belanjawan Terengganu 2022. Persidangan ini bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ dan telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.

Objektif utama pakej bantuan i-Fitri ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas dari segi kewangan supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan kelengkapan yang cukup dan lebih meriah. 

Kadar Bantuan Dana i-Fitri

Berikut ialah kadar bantuan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan:

  • Golongan b40: RM400 
  • Golongan m40 (berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000): RM250 

Lain-lain Bantuan Yang Diumumkan

Selain pakej bantuan Hari Raya (i-Fitri), terdapat beberapa pakej bantuan yang diturut diumumkan iaitu; 

  • Bantuan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500: RM150/one-off
  • Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah: RM150 seorang/ one-off
  • Bantuan Tunai Skim Mubaligh: RM150/ one-off (tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara)
  • Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Belanjawan Terengganu 2020, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2022 di SINI.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts