eBelia Rahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus

eBelia Rahmah Touch n Go : Syarat Kelayakan & Cara Tebus

Seperti yang kita tahu, kerajaan telah menawarkan bantuan e-Tunai melalui pelbagai aplikasi e-dompet termasuklah Touch ‘n Go.

Inisiatif eBeliaRahmah yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan ini bermatlamat untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di samping mengurangkan beban para pelajar serta remaja yang berkelayakan serta berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Dengan lebih 1.7 juta premis yang mengambil bahagian, Touch ‘n Go juga bukan sahaja memudahkan transaksi pembayaran malah turut menawarkan baucar tambahan bernilai sehingga lebih RM 550.

Antara ganjaran yang menanti pengguna aplikasi e-wallet Touch ‘n Go adalah cashback voucher, dan diskaun bagi pembelian ketika membeli-belah dan membayar bil serta langganan hiburan.

Baca Juga : MyKasih 2023 Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Syarat Kelayakan eBelia Rahmah Touch n Go

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penebusan eBeliaRahmah Touch ‘n Go :

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun (lahir antara tahun 2003 – 2005)
  • Sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di peringkat Diploma, SKM4 dan ke atas di universiti tempatan yang berdaftar.
  • Telah muat turun aplikasi e-wallet Touch ‘n Go dan lengkapkan verifikasi akaun.

Cara Tebus Kredit eBelia Rahmah RM 200 (Touch ‘n Go)

  • Pergi ke aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan pilih paparan eBeliaRahmah
  • Seterusnya, klik butang ‘Claim Now’.
  • Kemudian, pilih ‘Verify Now’.
  • Dalam laman seterusnya, pilih jenis ID anda.
  • Imbas bahagian depan ID anda
  • Ambil ‘selfie anda.
  • Pastikan butiran anda adalah betul dan klik pada butang ‘Continue’.
  • Isikan butiran dan klik burang ‘Submit Now’.
  • Permohonan anda telah berjaya dihantar. Proses verifikasi dan pengesahan boleh mengambil masa sehingga 5 hari.
eBeliaRahmah Touch n Go
eBeliaRahmah Touch n Go
eBeliaRahmah Touch n Go
eBeliaRahmah Touch n Go
eBeliaRahmah Touch n Go

Nota : Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Maklumat Insentif Program

Sekiranya pemohon menepati kriteria kelayakan dan telah disahkan melalui proses eKYC, kelulusan akan diberikan dalam masa 5 hari selepas verifikasi.

Pemohon yang berkelayakan akan menerima RM 200 di dalam e-wallet masing-masing.

Insentif ini hanya boleh dituntut oleh pemohon berkelayakan sekali sahaja bermula daripada 26 Jun sehingga 22 Ogos 2o23.

Insentif diberikan mengikut first-come-first-serve, selagi dana masih tersedia.

Selepas dituntut, insentif ini mesti digunakan sebelum 31 Ogos 2023. Baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan selepas itu akan dipadam daripada akaun pengguna.

Kredit eBeliaRahmah hanya boleh digunakan untuk pembelian secara offline sahaja.

Kredit eBeliaRahmah tidak boleh dipindahkan atau dituntut semula (non-refundable).

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima kredit eBeliaRahmah ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia; dan
b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
ATAU
c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di (c).
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Syarat (c)

Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput?

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
a. pemindahan “peer-to-peer”;
b. penebusan tunai;
c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
i. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?

Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.
Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.
Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia
perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai insentif eBeliaRahmah daripada Touch ‘n Go, sila ke pautan rasmi Touch ‘n Go atau hantarkan emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!