Terkini Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2022

Pahang menawarkan Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022. Bantuan ini di salurkan secara berperingkat mulai April hingga Julai 2022.

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 memperuntukkan RM30 juta yang akan diagihkan kepada empat kluster utama warga negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.
Menteri Besa Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata dana berkenaan akan diagihkan mulai bulan ini hingga Julai depan membabitkan 297,013 penerima.

Apa Itu Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022

bantuan prihatin pahang 2022 - 4 kluster utama

Ianya bantuan khas Kerajaan Negeri Pahang yang menyasarkan empat kluster utama negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.

Di bawah kluster pelajar dan anak muda ialah pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik serta anak muda 18 tahun hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.
Kluster B40 terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi manakala kluster umum adalah penerima di kampung tradisi peneroka, Orang Asli, penjaja harian, serta pengusaha bot dan pemandu pelancong; manakala kumpulan di bawah kluster apresiasi pula adalah veteran tentera dan polis.

Bantuan yang bakal disalurkan termasuklah wang tunai RM200 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.

Wang tunai RM100 pula akan diagihkan untuk pelajar Tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM manakala wang tunai RM300 untuk penggiat di media sosial.

“Saya percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil Kerajaan Negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja Bantuan Prihatin Pahang tetapi juga pelbagai bantuan lain untuk rakyat,” katanya.

Baca juga : Bantuan APZ Untuk Mangsa Banjir Pahang

 

Senarai Kluster Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP)

Kluster Pelajar dan Anak Muda

bantuan prihatin pahang 2022 -kluster pelajar dan anak muda

Kluster B40

bantuan prihatin pahang 2022 -kluster b40

Dalam inisiatif Bantuan Prihatin Pahang kali ini, Kerajaan Negeri menyalurkan RM200 tunai kepada 4 golongan berikut:

  1. 4,500 para nelayan
  2. 928 pemandu teksi.
  3. 700 pelajar anak yatim.
  4. 7,000 ibu tunggal

Manakala 500 gelandangan di Jalan Wong Ah Jang pula akan menerima RM100 tunai melalui bantuan ini.
Tarikh Bayaran Bantuan BPP

Kluster Umum

kluster umum

Antara golongan yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 ialah penjaja harian serta pengusaha bot dan pemandu pelancong.

Justeru, bagi membantu dan meningkatkan kembali semangat mereka untuk meneruskan aktiviti perniagaan dan pekerjaan, maka Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan RM200 tunai melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengagihkan Kotak Aidilfitri bernilai RM50 kepada 130,060 penduduk kampung dan peneroka serta 30,600 masyarakat Orang Asli di seluruh Pahang. Semoga sumbangan tersebut dapat menyuntik sedikit kegembiraan buat mereka menjelang hari lebaran nanti.

Kluster Apresiasi

kluster apresiasi

Bagi mengenang jasa dan bakti serta membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan insentif RM200 tunai kepada veteran ATM dan PDRM ini melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022

tarikh bayaran bantuan prihatin pahang 2022

Bayaran bantuan ini akan mulai di salurkan kepada penerima mulai April ini sehingga Julai 2022 secara berperingkat.

 

Kemampuan menyalurkan BPP 2022 ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka untuk menjalani kehidupan seharian.

Sumber : https://pahangmedia.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!