DuitNow 2023 : Senarai Bank Yang Mengecualikan Caj

Pada 28 September 2023, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mengumumkan pengguna aplikasi DuitNow QR akan dikenakan caj transaksi bermula 1 November ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berketa pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan turut berkongsi penjelasan yang diterima daripada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai isu ini.

“Menurut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan. Yang penting tidak bebankan golongan berpendapatan rendah”, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Penjelasan Caj DuitNow QR

Difahamkan bahawa caj transaksi akan dikenakan sebanyak 50 sen bagi urus niaga melebihi RM 5,000 dan melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

Memetik satu kenyataan daripada PayNet, terdapat dua e-pebayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM 5,000.

“Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir.

Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR,” kata PayNet.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Berkaitan kebimbangan bahawa kos MDR akan dipindahkan kepada pengguna, PayNet menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR.

“Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga sama dengan pembelian tunai.

“Oleh itu, kami tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,” kata syarikat itu.

Caj Duitnow

“Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (‘waiver’) MDR pada pembayaran QR.

“Ia bukanlah suatu yuran baharu mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 November adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih 9 bulan lalu,” menurut PayNet dalam satu kenyataan.

Berikut dilampirkan kenyataan media rasmi daripada PayNet.

Bank & E-Wallet Yang Mengecualikan Caj Duitnow QR

Setakat ini terdapat beberapa bank dan jenama e-wallet yang mengesahkan pengecualian caj transaksi kepada pengguna iaitu :

Untuk maklumat lanjut mengenai caj Duitnow QR sila layari laman web paynet.my. Anda juga dinasihatkan supaya merujuk kepada bank masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!