Drama Cik Misi 123 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Waktu Siaran

Drama Cik Misi 123 yang bakal disiarkan tak lama lagi ini dibintangi oleh pasangan pelakon sensasi Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama.

Difahamkan drama ini bakal mengubati rindu para peminat bagi pasangan pelakon suami isteri ini setelah 2 tahun tidak digandingkan bersama di layar kaca TV.

Berlatarbelakangkan kehidupan para petugas di hospital, drama ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ariz Capital Production Sdn Bhd.

Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai drama ini.

Cik Misi 123

Sinopsis Cik Misi 123

Drama Cik Misi 123 mengisahkan tentang seorang gadis bernama Oya (Sweet Qismina) yang terpaksa mengikuti kursus kejururawatan atas desakan ibu bapanya.

Ketika belajar di kolej, Oya telah bertemu dengan seorang pemuda bernama Mika (Adam Lee). Dia sangat meminati wanita itu dan berusaha untuk memenangi hatinya.

Ketika mereka sama-sama bekerja di hospital, hubungan mereka mula diduga apabila tunang lama Oya iaitu Dr Aish (Hafreez Adam) muncul. Pada masa yang sama, ini menyebabkan teman wanita Dr Aish iaitu Dr Erin (Bella Dally) iri hati.

Apakah yang bakal terjadi pada hubungan Oya dan Mika dan dapatkah mereka atasi konflik ini? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini hingga tamat.

Barisan Pelakon

Berikut disenaraikan barisan pelakon yang akan membintangi drama Cik Misi 123.

PelakonWatak
Adam LeeMikail Danish (Mika)
Sweet QisminaRatu Rohaya (Oya)
Hafreez AdamDr Aish
Bella DallyDr Erin
Safwan NazriSufian
Nick NaemJaafar
Afifah NasirUmai
Mark AdamHarun
Faiz DickieBaharuddin

Selain itu, drama ini turut dibintangi pelakon lain antaranya Wan Sharmila, Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Watie Sadali dan Najua P.Ramlee.

Waktu Siaran

Jangan ketinggalan untuk saksikan Cik Misi 123 pada waktu siaran berikut :

Tarikh Mula Tayangan : 9 Oktober 2023

Hari siaran : Isnin hingga Jumaat

Waktu siaran : 6.00 petang

Saluran : Astro Ria 104

 Anda juga boleh menonton drama bersiri Cik Misi 123 secara online di Astro Go, Astro On Demand dan platform streaming Sooka pada tarikh mula tayangan yang sama.

Cik Misi 123

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama tayangan Astro, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial Astro Malaysia di Facebook dan Instagram.

Baca Juga : Drama Haloba (TV3): Sinopsis, Barisan Pelakon

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!