Drama Melastik Ke Hatimu : Sinopsis & Barisan Pelakon

Drama romantik komedi Melastik Ke Hatimu kini kembali untuk musim kedua di slot Lestary TV3.

Menggandingkan Andi Bernadee dan Janna Nick, drama berdurasi 25 episod ini adalah kesinambungan daripada musim pertama arahan Azmi Hatta di bawah terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

Drama yang diadaptasi daripada novel karya Aqma Dee ini telah mula bersiaran pada 16 September 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3 dan juga boleh ditonton secara online di platform streaming Tonton.

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu 2

Memasuki musim kedua, drama ini menerusikan kisah Haura dan Ziyyad. Ziyyad kini menjadi usahawan berjaya yang mampu membuka 20 cawangan supermarket dan tersenarai dalam Young Entrepreneurs Malaysia.

Pada masa yang sama, Haura pula kini menjadi seorang Youtuber yang popular di media sosial.

Mak Limah iaitu ibu Haura cukup bangga bermenantukan Ziyyad sehingga berita kejayaannya tersebar ke satu kampung. Ziyyad dan Haura pula sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.

Konfilk drama ini bermula apabila Fatin iaitu adik kepada Haura ingin menjalani latihan industri di tempat kerja Ziyyad sambil berusaha untuk menggoda Ziyyad.

Pada awalnya, Ziyyad keberatan kerana ingin menjaga perasaan isterinya. Meskipun begitu, Ziyyad akhirnya terpaksa akur apabila Mak Limah memujuknya.

Haura kerap memberi amaran kepada Ziyyad supaya tidak mudah terperdaya dengan Fatin yang licik orangnya.

Enggan kejadian sama berulang, Haura telah mengemukakan beberapa syarat kepada Ziyyad supaya dia tak dikejar-kejar oleh Fatin. Ziyyad pun akur dengan arahan isterinya.

melastik ke hatimu

Sementara itu, Haura pula semakin sibuk dan mendapat banyak tawaran kerja untuk mengulas produk kerana bakal melahirkan anak tak lama lagi.

Untuk mengelakkan perkara tak diingini, Haura telah meminta Ain untuk memantau Ziyyad di pejabat. Luqman yang masih menaruh harapan pada Fatin pula terus berusaha untuk memenangi hatinya dan ingin menjauhkan gadis itu dari Ziyyad.

Haura sering runsing kerana kenal benar dengan sikap adiknya yang selalu dengki terhadapnya. Dia bukan saja bimbang dengan kehadiran Fatin, malah rumah tangganya juga diduga apabila TJ kembali menagih cinta darinya.

Dapatkah perkahwinan Haura dan Ziyyad bertahan walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan? Kalau nak tahu kesudahannya, kenalah tonton drama ini sampai habis!

Barisan Pelakon

Drama yang kembali pada musim kedua ini menampilkan watak-watak terdahulu serta beberapa watak baharu seperti berikut :

PelakonWatak
Andi BernadeeZiyyad
Janna NickHaura
Hafidz RoshdiNaim
Shiha ZikirHanis
Puteri Sarah LiyanaFaida
Wani KayrieFatin
Idzham IsmailLukman
Muaz FitriFahmi
Azrel IsmailAzzam
Afifah NasirAin
Sharul KamalTJ
Puteri KhareezaShasha
Datin Sri NoniswaraNik Sharimah
Dato Jalaluddin HassanWan Asri
Mak Wan LatahRuby
Azizah MahzanMak Limah
Cassia ImanInayah
Adam HarisAkif
Adam DarwisyahAdam
Delisha Qaireena / Daniella QabeelaAnak Haura

Sinopsis Musim Pertama

melastik ke hatimu

Mahu recap musim pertama drama ini? Ayuh kita semak semula sinopsisnya.

Haura ialah seorang pekerja kilang yang dengan perwatakan kasar, namun seperti adik beradik lain, hidupnya sering diatur oleh ibunya, Mak Limah.

Hubungan Haura dengan Naim terhalang kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga. Naim yang hanya seorang peon sering dipandang rendah oleh Mak Limah.

Kaka Haura iaitu Faida juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada. Namun, Mak Limah kecewa apabila dapati Azzam adalah seorang yang kedekut walaupun kaya.

Naim pula tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah di tempat kerja mula mendapat perhatian pengurusnya iaitu Ziyyad.

Ziyyad pula secara senyap-senyap mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia.

Sementara itu, Mak Limah pula telah meletakkan syarat pada Naim untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM 20 ribu jika ingin berkahwin dengan Haura. Naim bersetuju dan akan berusaha mendapatkan wang tersebut.

Pada hari pertunangannya, Haura kecewa apabila mendapati Naim tidak muncul seperti yang dijanjikan. Ziyyad yang mengetahui situasi Haura ketika itu muncul sebagai penyelamat dengan menghantar rombongan meminang.

Lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran pengurus anaknya itu dengan senang hati. Tambahan pula, Ziyyad adalah seorang pemuda yang bekerjaya cemerlang. Setelah berkahwin, banyak pahit manis yang dilalui pasangan ini. Tambahan pula, Ziyyad telah berpindah dan tinggal bersama keluarga Haura.

Jangan lupa untuk saksikan drama Melastik ke Hatimu musim kedua di slot Lestary TV3 dan juga platform streaming Tonton. Bagi yang ingin tonton semula musim pertama drama ini, anda boleh stream di platform IQIYI.

Melastik Ke Hatimu Musim 1 (IQIYI)

Melastik Ke Hatimu Musim 2 (Tonton)

Baca Juga : Drama Luruhnya Bunga Cinta : Sinopsis, Trailer Rasmi, Pelakon

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!