Cara Tukar Tempat Mengundi Online / di Pejabat Pos

Cara tukar tempat mengundi online MySPR dan cara tukar tempat mengundi di pejabat pos atau melalui pejabat Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Seperti yang anda sedia maklum  pilihan raya umum dewan undangan negeri ke-15 (PRN 2023) yang melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Selangor , Kedah, Penang , Negeri Sembilan ,Terengganu, Kelantan akan dijalankan pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).

Pilihan raya ini berlaku disebabkan, negeri-negeri yang terlibat telah mencapai tempoh 5 tahun tempoh pemerintahan, yang mana telah termaktud dalam undang-undang perlembangaan tempoh pemerintahan dalam satu-satu penggal kerajaan dihadkan kepada tempoh maksimum 5 tahun dan pilihan raya seterusnya perlu dibuat bagi membentuk kerajaan yang baharu.

Prosedur Cara Tukar Tempat Mengundi

cara tukar tempat mengundi

Bagi mana-mana rakyat Malaysia yang layak mengundi, pertukaran tempat mengundi boleh di buat disebabkan berpindah alamat tempat bermastautin.

Sebelum merujuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi, pengundi/pemilih berdaftar terlebih dahulu perlu menukarkan alamat yang terdapat di dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).

Kemudian, bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A.

Urusan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat secara online, di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.

Prosedur perubahan alamat adalah sama seperti pendaftaran baharu. Pemilih perlu menunggu sehingga di wartakan untuk bertukar tempat mengundi

Cara Mohon Pertukaran Alamat di Kad Pengenalan MyKad

Pertukaran alamat kad pengenalan /MyKad hanya boleh dibuat dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

Dokumen dan prosedur pertukaran alamat kad pengenalan adalah seperti berikut ;

  1. Pemohon boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran bagi tujuan memohon pertukaran alamat pada MyKad
  2. Dokumen sokongan yang asal perlu dibawah sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan.
  3. Dokumen sokongan juga boleh menggunakan surat perjanjian jual beli rumah / perjanjian / resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon.
  4. Pemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

*Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Tuai Rumah / Penghulu / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.

*Nota : Pertukaran alamat pada kad pengenalan siap dalam tempoh yang sama, sekiranya semua dokumen lengkap. Digalakkan untuk berurusan di JPN UTC berdasarkan pengalaman orang ramai untuk proses yang mudah dan pantas

Cara Tukar Tempat Mengundi Online MySPR

cara tukar tempat mengundi online

Bagi pertukaran alamat mengundi secara online di MySPR, anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut ;

  1. Sila layari website https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Seterusnya Klik pada Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
  5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.

Berikut adalah contoh paparan notifikasi yang akan diterima melalui e-mel yang didaftarkan.

Cara Tukar Tempat Mengundi di Pejabat POS

cara tukar tempat menngundi di pejabat pos

Bagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi di pejabat POS, anda hanya perlu pergi ke pejabat POS berhampiran anda dan bawa kad pengenalan.

Maklumkan pegawai yang bertugas dan tunjukan kad pengenalan anda untuk tujuan kemaskini di dalam sistem SPR.

*Nota : Bagi tujuan pertukaran alamat tempat mengundi, hanya boleh di buat di kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertukaran alamat tempat mengundi dan lain-lain yang berkaitan, anda boleh hubungi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui ;

Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

Aduan : https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!