Cuti Khas 19 April 2023 KPM (Tambahan Cuti Hari Raya)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April 2023.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Aidilfitri

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan cuti tambahan kepada semua guru dan murid pada 19 April ini.

Menurut Menterinya Fadhlina Sidek, ia bagi memudahkan urusan guru dan ibu bapa yang bertugas di negeri lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

KPM Umum Cuti Khas 19 April 2023

cuti khas 19 april 2023


“Berita gembira yang saya ingin umumkan bahawa dengan ini 19 April, KPM mengumumkan cuti khas untuk semua warga KPM.”

“Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan masing-masing khususnya guru-guru kita dan warga KPM untuk mengurus perjalanan pulang ke kampung.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah KPM 2023 di Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April ini.

Calon boleh memperoleh keputusan tersebut daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar.

Terdahulu, seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Baca juga : Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya 2023

TAMBAHAN CUTI PERAYAAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA TAHUN 2022


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat ketetapan untuk memberikan cuti khas pada 19 April 2023 (Rabu) kepada semua institusi pendidikan bawah KPM. Pemberian cuti khas ini dibuat bagi memudahkan perancangan dan persiapan awal kepada semua murid, guru dan warga sekolah untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada murid asrama dan guru yang perlu merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.


Selain itu, KPM juga ingin memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April 2023 (Selasa). Seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.


Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  • i. secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023; dan/atau
  • ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.

KPM sentiasa komited untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua warganya

Maklumat Lanjut

Info KPM mengenai cuti khas 19 april 2023 dan keputusan peperiksaan STAM 2022 juga boleh di dapati melalui sumber rasmi media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.facebook.com/KemPendidikan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!