Dermasiswa B40 DRB Hicom University Lepasan SPM 2021

Sukacita dimaklumkan tawaran Dermasiswa B40 DRB Hicom University kini dibuka untuk pelajar lepasan SPM 2021. Permohonan adalah untuk warganegara Malaysia dari keluarga kategori B40.

Syarat minimum 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu & Sejarah. Permohonan yang berjaya akan turut menerima biasiswa penuh, elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian.

Butiran permohonan dan syarat-syarat kelayakan seperti di bawah.

Tawaran Dermasiswa B40 DRB Hicom University

dermasiswa b40 drb hicom university

Tawaran biasiswa ini khusus untuk membantu pelajar lepasan SPM 2021 dari keluarga kategori B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di DRB-HICOM U.

Permohonan yang layak juga akan turut menerima kemudahan biasiswa penuh, elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian

Latar Belakang DRB Hicom University

Sejak permulaannya yang sederhana sebagai Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) pada April 2010, Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM menjadi universiti sepenuhnya pada Oktober 2015.

Beroperasi dari kampus seluas 42 ekar yang difasilitasi dengan baik yang terletak secara strategik di DRB-HICOM Automotive Kompleks di Pekan, universiti itu kini menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan. 

Baca juga : Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2022 : Mesir, Jordan & Morocco

Pada masa ini universiti itu menawarkan 51 program daripada pengajian diploma, ijazah dan pasca siswazah dengan memberi penekanan kepada ekosistem automotif.

Kurikulum unik universiti menawarkan gabungan seimbang antara teori dan praktikal menggunakan konsep “Universiti oleh industri, untuk industri”. 

Terletak dalam kumpulan syarikat DRB-HICOM dengan pelbagai jenis perniagaan daripada perbankan, pembuatan & kejuruteraan, pertahanan dan pembangunan hartanah; kurikulum sentiasa dipetakan kepada kedinamikan keperluan dan amalan industri. 

Gabungan pengetahuan teknikal dan kemahiran hands-on menyediakan permulaan yang sangat diperlukan untuk graduan memulakan kerjaya mereka dalam industri.

Program Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang layak ditawarkan biasiswa in adalah khusus untuk permohonan bagi program;

  • Diploma In Automotive Technology
  • Diploma In Occupational Safety & Health
  • Diploma In Procurement Management

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Kriteria akademik: Lulus SPM dengan 5 kepujian dan ke atas
  • Tiada rekod tindakan tatatertib.
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan sukarela.
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga yang sah adalah dalam kategori B40.
    (*Nota: B40 bermaksud layak menerima Bantuan Sara Hidup)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses pemilihan.

Nilai Anugerah Derwasiswa B40

Permohonan yang berjaya akan menerima;

  • Yuran pengajian penuh,
  • Yuran lain,
  • Yuran penginapan dan
  • Elaun bulanan.

Cara mohon

  • Permohonan dermasiswa ini adalah untuk ambilan kemasukan sesi Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai perosalan dan perlukan maklumat lanjut mengenai Dermasiswa B40 DRB Hicom, anda boleh layari https://www.en.dhuautomotive.edu.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!