Bantuan BUDI Sabah 2022 : Bayaran Tunai Secara One-Off Pendaftaran IPT

Bantuan BUDI Sabah 2022 atau Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off pelajar kelahiran Sabah telah di buka. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga golongan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi awam /swasta

 

Apa Itu Bantuan BUDI Sabah

bantuan budi 2022

BUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun 2021,  merupakan insiatif kerajaan negeri sabah untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta di seluruh Malaysia.

Ianya untuk membantu warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

Ibubapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Baca juga : Permohonan BISTARI Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah

 

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.

 

Jumlah Bantuan

Pelajar yang layak menrima bantuan ini akan menerima bayaran tunai secara one off dengan kadar berbeza mengikut pengajian seperti berikut ;

 

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi -RM1500
  • Ijazah Sarjana muda –  RM2000

 

Syarat Kelayakan

Hanya mereka yang memeuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut akan di pertimbangkan untuk bantuan ini;

  • Pemohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam/swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon adalah warganegara malaysia dari sabah dan berumut tidak lebih dari 25 tahun
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah golongan b40 dan m40
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.

 

Baca juga : Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022

Dokumen Diperlukan

  • Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  • Salinan muka penyata akaun pemohon

 

 

Cara Permohonan

permohonan hendaklah di buat secaa online melalui laman sesawang melalui laman sesawang https://budi.sabah.gov.my/

 

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Budi Sabah 2022, iaitu Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah : 088-369 872 atau emal melalui [email protected] website https://mttk.sabah.gov.my/

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!